Ucapan Pelancaran oleh Ts. Dr. Abd. Rahim Awang, Pengarah Politeknik Bagan Datuk
Ucapan Pelancaran oleh Ts. Dr. Abd. Rahim Awang, Pengarah Politeknik Bagan Datuk
Sesi Ceramah Kesedaran Cintai Alam yang disampaikan oleh Encik Adli Musa
Penceramah mendedahkan cara-cara memelihara alam dengan baik kepada pelajar
Salah seorang pelajar bertanya soalan
Sesi Ceramah Kesedaran Cintai Alam yang disampaikan oleh Encik Adli Musa
PENGENALAN PROGRAM
Majlis Pelancaran Kempen Rendah Karbon peringkat Politeknik Bagan Datuk telah diadakan pada 16 Julai 2024 sebagai usaha untuk memperkukuh kesedaran dan tindakan terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga politeknik. Kempen ini mengandungi beberapa inisiatif utama seperti amalan perkongsian kenderaan di tempat kerja, kempen galakan pengangkutan awam, sambutan Hari Tanpa Kenderaan Bermotor, dan aktiviti menanam 100 pokok. Laporan ini merangkumi perjalanan majlis pelancaran serta sambutan dan maklum balas yang diterima daripada para hadirin.
RASIONAL PROGRAM
i. Dapat mendidik pelajar dan staf tentang tanggungjawab mereka dalam
memelihara alam sekitar.
ii. Dapat mengurangkan impak dari pelepasan karbon terhadapa alam sekitar.
iii.Dapat menyumbang kepada usaha global dalam menangani perubahan iklim.
TUJUAN PROGRAM
Mengurangkan jejak karbon melalui amalan dan gaya hidup yang lebih lestari.
OBJEKTIF PROGRAM
Melancarkan Kempen Rendah Karbon di peringkat politeknik.
Meningkatkan kesedaran warga politeknik tentang kepentingan mengurangkan jejak karbon.
Mempromosikan inisiatif-inisiatif yang dirangka untuk mencapai matlamat kempen.
TENTATIF PROGRAM
Ketibaan dan Pendaftaran
Para tetamu mula tiba pada jam 8.30 pagi dan disambut oleh ahli jawatankuasa penganjur. Pendaftaran peserta berjalan lancar, dengan setiap hadirin menerima bahan kempen seperti risalah maklumat dan cenderahati mesra alam seperti beg kain.
Ucapan Perasmian
Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Ts. Hairi Haizri bin Che Amat, Timbalan Pengarah Akademik. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menekankan pentingnya usaha bersama dalam menjayakan kempen ini.
Pelancaran Rasmi
Pengarah Politeknik, Ts. Dr. Abd Rahim bin Awang, merasmikan pelancaran Kempen Rendah Karbon dengan menyempurnakan simbolik penanaman pokok pertama di kampus. Beliau juga merasmikan papan tanda kempen dan menyampaikan ucapan mengenai tanggungjawab setiap individu dalam menjaga alam sekitar.
Ceramah Kesedaran Cintai Alam Sekitar dikendalikan oleh En. Adli Musa, pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak.
IMPAK PROGRAM
i. Dapat mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida daripada aktiviti harian warga kampus.
ii. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dan staf dan masyarakat setempat mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.
KESIMPULAN
Aktiviti ini mendapat penyertaan yang baik daripada kalangan warga kampus.