Pelancaran Penggunaan Kenderaan Cekap Tenaga
Pelancaran Penggunaan Kenderaan Cekap Tenaga
PENILAIAN PENGGUNAAN KENDERAAN HYBRID
Penggunaan Kenderaan Hybrid (Serena) diutamakan untuk aktiviti rasmi jabatan berbanding kenderaan Persona yang tiada ciri hybrid. Pengurusan PBD ingin menekankan keutamaan penggunaan kenderaan cekap tenaga dalam semua aktiviti rasmi jabatan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan jejak karbon serta meningkatkan kecekapan penggunaan sumber. Sebagai contoh;
Politeknik Bagan Datuk mempunyai dua kenderaan hybrid Serena, sebuah lori dan sebuah bas
Kakitangan PBD menggunakan kenderaan hybrid Serena dan Bas untuk Kursus dan lawatan rasmiĀ
Pelajar-pelajar lelaki muslim di Politeknik Bagan Datuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dengan menaiki bas