Pengurusan Air
Pengurusan Air
Peserta sedang mendengar ceramah tentang kepentingan air kepada manusia
Penceramah Sedang Menyampaikan Ceramah Tentang Tajuk ‘Selamatkan Dunia-Jimatkan Air’
Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada warga kampus mengenai kepentingan penjimatan air sebagai sebahagian daripada usaha melestarikan alam sekitar. Perkongsian ilmu oleh pakar dari Lembaga Air Perak akan membantu peserta memahami kepentingan pengurusan sumber air secara lestari serta mengamalkan penggunaan air secara berhemah dalam kehidupan harian.
Impak program :
Peserta memahami kepentingan menjaga sumber air.
Peserta mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam penggunaan air.
Terbentuknya komuniti kampus yang menyokong usaha kelestarian.