Pelancaran Kempen Penjimatan Air Politeknik Bagan Datuk
Pelancaran Kempen Penjimatan Air Politeknik Bagan Datuk
PROGRAM PENJIMATAN AIR
PENGENALAN
Krisis air bersih yang semakin mendesak di seluruh dunia telah menyedarkan kita akan kepentingan mengurus sumber air dengan bijaksana. Politeknik Bagan Datuk, sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai peranan strategik dalam pembangunan modal insan, merasa terpanggil untuk turut serta dalam usaha mengatasi masalah ini. Beberapa rancangan dan Kempen menjimatkan air ini dilancarkan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran semua warga kampus akan kepentingan menjaga kelestarian sumber air, mengubah tingkah laku penggunaan air harian, serta menyumbang dalam mewujudkan kampus yang mampan dan mesra alam. Oleh itu besar harapan bagi pihak Politeknik Bagan Datuk untuk mengajak seluruh warga kampus bagi menyertai program ini.
RASIONAL PROGRAM
Program penjimatan air ini sewajarnya bermula sejak awal lagi dengan menanamkan sifat keprihatinan terhadap semakin berkurangnya sumber air bersih di dunia, termasuk di negara Malaysia. Sebagai sebuah institusi pendidikan, Politeknik Bagan Datuk mempunyai tanggungjawab moral untuk turut serta dalam usaha kelestarian air khususnya dan mendorong perubahan tingkah laku menuju gaya hidup yang lebih mesra baik.
Melalui program ini, diharapkan agar semua warga dapat menanamkan kesedaran akan kepentingan air sebagai sumber kehidupan dan mendorong warga untuk berperan aktif dalam menjaga kelestarian sumber air. Program ini juga selari dengan komitmen Politeknik Bagan Datuk dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
TUJUAN PROGRAM
Tujuan kertas kerja ini diwujudkan adalah untuk memohon kelulusan program dan memohon peruntukan kewangan daripada pihak pengurusan Politeknik Bagan Datuk dalam melaksanakan program dan belanjawan yang diusulkan.
OBJEKTIF
Objektif program ini dilaksanakan adalah seperti yang berikut:
4.1 Penyebaran maklumat: Menyebarkan maklumat tentang kepentingan air dan cara-cara menjimatkan air kepada warga kampus.
4.2 Peningkatan penyertaan: Meningkatkan penyertaan pelajar, pensyarah, dan kakitangan dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kempen penjimatan air.
4.3 Meningkatkan kesedaran: Meningkatkan kesedaran semua warga kampus tentang kepentingan menjimatkan air dan impaknya terhadap alam sekitar.
IMPAK PROGRAM
Impak program ini adalah seperti yang berikut :
5.1 Merapatkan hubungan antara warga Politeknik Bagan Datuk
.
5.2 Menjadikan kampus Politeknik Bagan Datuk sebgai sebuah kampus berkonsepkan hijau.
ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Smart Green PBD, Unit Pengurusan Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan.
TARIKH DAN TEMPAT PROGRAM
Program ini diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 22 Januari 2024
Tempat : Politeknik Bagan Datuk
SENARAI PROGRAM/ AKTIVITI
A. Amalan Memantau Penggunaan Air Semasa
Tarikh: Setiap Hari Bekerja
Sasaran: Staff Dan Pelajar
Kaedah Pelaksanaan / Butiran Aktiviti
✔ Menggalakkan staf dan pelajar untuk menjimatkan penggunaan iar di kampus.
✔ Mewujudkan sistem aduan bagi bagi kerosakan atau kebocoran air.
B. Kempen pengetahuan dan amalan pengurangan air
Tarikh: Setiap Hari Bekerja
Sasaran: Staff Dan Pelajar
Kaedah Pelaksanaan / Butiran Aktiviti
✔ Melaksanakan kempen penjimatan air melibatkan staf dan pelajar Politeknik Bagan Datuk.
✔ Memberi taklimat penjimatan air peringkat Politeknik Bagan Datuk
✔ Menampal poter atau bahan bagi memperingati tentang penjimatan air.
C. Mengadakan sistem pengumpulan air hujan
Tarikh: 20 Januari 2024
Sasaran: Warga Politeknik Bagan Datuk
Kaedah Pelaksanaan / Butiran Aktiviti
✔ Mengadakan lokasi strategik bagi memilih Kawasan tadahan air hujan.
D. Sistem kitar semula air.
Tarikh: 20 Januari 2024
Sasaran: Warga Politeknik Bagan Datuk
Kaedah Pelaksanaan / Butiran Aktiviti
✔ Mewujudkan sistem kitaran air di Politeknik Bagan Datuk.
✔ Mengguna semula tadahan air bagi tujuan siraman, cucian dan kegunaan sukan.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran A
KESIMPULAN / PENUTUP
Oleh yang demikian diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan serta meluluskan kertas kerja ini. Dalam pada itu, diharapkan pihak tuan juga memberi kelulusan pelaksanaan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Melalui program ini, diharapkan sokongan dari semua pihak agar mencapai objektif dan matlamat didalam kempen ini.
RAJAH 1.1 TANGKI PENGUMPULAN AIR HUJAN DI ROOF TOP BANGUNAN UTAMA
RAJAH 1.2 TANGKI PENGUMPULAN AIR HUJAN DI PUSAT ISLAM AR-RAUDHAH
RAJAH 1.3 LOKASI LANDSCAPE TAP HUJAN DI SEKITAR PUSAT ISLAM AR-RAUDHAH, PBD
RAJAH 1.4 LOKASI LANDSCAPE TAP HUJAN DI SEKITAR BANGUNAN UTAMA PBD
RAJAH 1.5 ANTARA LOKASI LANDSCAPE TAP DI SEKITAR KAWASAN PBD
RAJAH 1.6 CONTOH PENGGUNAAN AIR LANDSCAPE TAP DARIPADA UNTUK SEMBURAN AIR DI PADANG UTAMA PBD
MENGADAKAN SISTEM PENGUMPULAN AIR HUJAN
PENGGUNAAN TANGKI TADAHAN AIR HUJAN DI POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
Politeknik Bagan Datuk telah mengambil langkah proaktif dalam mengumpulkan dan memanfaatkan air hujan untuk menyokong kelestarian kampus. Institusi ini mempunyai dua lokasi utama untuk pengumpulan air hujan:
Bumbung bangunan utama (Rajah 1.1)
Pusat Islam Ar-Raudhah PBD (Rajah 1.2)
Air hujan yang dikumpulkan di tangki tadahan dialirkan ke sebelas Landscape Tap yang tersebar di seluruh kawasan PBD (Rajah 1.3 dan 1.4). Lokasi-lokasi strategik ini membolehkan air hujan digunakan untuk pelbagai tujuan yang bermanfaat:
Menyiram pokok dan rumput untuk mengekalkan keindahan landskap (Rajah 1.6)
Membersihkan kawasan kaki lima dan jalan utama di PBD
Memenuhi keperluan penyelenggaraan landskap di sekitar kampus
Dengan memanfaatkan sumber air hujan secara optimum, PBD bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini menggambarkan komitmen PBD dalam mengamalkan amalan hijau dan memupuk kesedaran dalam kalangan warga kampus untuk memelihara alam sekitar.
Rajah 2.1 Anak panah berwarna merah menunjukkan aliran air hujan daripada kawasan tadahan ke tangki pengumpulan air hujan di roof top bangunan utama
Rajah 2.2 Anak panah berwarna merah menunjukkan aliran air hujan masuk ke tangki pengumpulan air hujan di roof top bangunan utama
Rajah 2.3 Anak panah merah menunjukkan aliran air hujan daripada gutter ke tangka pengumpulan air hujan di Pusat Islam Ar-Raudhah
Rajah 2.4 Paip saluran air hujan ke tangki pengumpulan air hujan di belakang Pusat Islam
KAEDAH PENGUMPULAN AIR HUJAN
A. BUMBUNG BANGUNAN UTAMA
Air hujan yang dikumpulkan dari kawasan tadahan di bumbung bangunan utama, akan menjalani proses penapisan menggunakan water filter untuk menyingkirkan segala bendasing. Proses ini memastikan hanya air yang bersih akan dialirkan ke dalam tangki takungan air hujan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Setelah melalui penapisan, air hujan tersebut akan disalurkan dengan l ke tangki pengumpulan di bumbung bangunan utama, seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2.2. Dengan sistem ini, setiap titisan air hujan yang ditangkap bukan sahaja menjadi sumber yang berguna, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
B. PUSAT ISLAM AR-RAUDHAH
Air hujan yang jatuh di atas bumbung Pusat Islam Ar-Raudhah akan dialirkan melalui sistem gutter yang berfungsi sebagai saluran utama untuk mengumpulkan dan menyalurkan air hujan ke tangki penyimpanan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3. Setelah melalui sistem gutter, air hujan akan mengalir ke tangki pengumpulan yang terletak di Pusat Islam Ar-Raudhah. seperti yang dipaparkan dalam Rajah 2.4. Dengan sistem penuaian air hujan ini, Pusat Islam Ar-Raudhah mampu mengurangkan pergantungan kepada bekalan air awam dan menjimatkan kos serta sumber. Air hujan yang dikumpul juga dapat digunakan untuk menyiram pokok dan landskop, menjadikan persekitaran Pusat Islam Ar-Raudhah lebih hijau dan lestari.
RAJAH 2.1 KOLAM DI SEKELILING BANGUNAN UTAMA PBD
RAJAH 2.2 PELAN LOKASI KOLAM DI BANGUNAN UTAMA PBD
RAJAH 2.3 AIR HUJAN DI SALURKAN MELALUI SALIRAN PAIP AIR HUJAN YANG BERSAMBUNG DENGAN GUTTER DI BUMBUNG BAGUNAN UTAMA PBD
RAJAH 2.4 AIR HUJAN DI SALURKAN MELALUI SALIRAN PAIP AIR HUJAN YANG BERSAMBUNG DENGAN GUTTER DI BUMBUNG BAGUNAN UTAMA PBD
RAJAH 2.5 AIR HUJAN DI SALURKAN MELALUI SALIRAN PAIP AIR HUJAN YANG BERSAMBUNG DENGAN GUTTER DI BUMBUNG BAGUNAN UTAMA PBD
MENGADAKAN SISTEM KITAR SEMULA AIR
SUMBER AIR BAGI KOLAM DI BANGUNAN UTAMA POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
Bangunan utama Politeknik Bagan Datuk, yang direka dengan bentuk menyerupai sebuah kapal, dikelilingi oleh kolam air yang memberikan ilusi seolah-olah sebuah kapal sedang belayar. Ini selaras dengan penawaran program diploma dalam bidang maritim, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 dan 2.2. Untuk memastikan kolam sentiasa terisi dan terpelihara, dua sumber air digunakan: bekalan daripada Lembaga Air Perak dan sumber air hujan. Dalam usaha untuk menjimatkan kos dan menyokong kelestarian alam, sumber air hujan dijadikan pilihan utama. Air hujan ini dikumpulkan melalui gutter di bumbung bangunan utama dan disalurkan terus ke kolam melalui saluran paip, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3, 2.4, dan 2.5. Inisiatif ini tidak hanya menambah keindahan kampus, tetapi juga mencerminkan komitmen Politeknik Bagan Datuk terhadap penggunaan sumber yang mampan dan mesra alam.