Seni arca merupakan hasil produk seni dalam bentuk 3 dimensi. Permukaannya dapat disentuh serta dilihat daripada pelbagai sudut. Perkataan arca dalam Inggerid disebut sebagai sculpture. Manakala dalam bahasa Latin pula disebut sculpere yang bermakna satu proses mengukir, memotong atau menggores.
PERKEMBANGAN SENI ARCA TEMPATAN
Sejarah perkembangan seni arca tempatan mendapat tempat secara menyeluruh di Malaysia pada tahun 1960-an. Kesedaran masyarakat tentang nilai estetika seni arca yang agak subjektif setelah terpaparnya beberapa karya seni 3 dimensi (3D) di beberapa tempat umum. Ia secara tidak langsung telah menyedarkan masyarakat tentang fungsi arca. Pengiktirafan dan penerimaan masyarakat luar negara tentang kemampuan beberapa arcawan di Malaysia menunjukkan kemampuan kita menembusi naluri penghayat di peringkat antarabangsa.
Senario aktiviti seni arca di Malaysia masa ini mungkin tidak akan terjelma tentang inisiatif arcawan awal seperti Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Anthony Lau dan lain-lain. Penglibatan pada awal tahun 1960-an, melalui pengalaman di luar negara mula memantapkan dan mewarnai aktiviti seni arca negara.
Pada tahun 1976, Balai Seni Negara telah berjaya mengadakan pameran seni arca pertama yang mampu dibanggakan. Pameran Seni Arca Kontemporari Malaysia ini merupakan pameran seni arca kedua di Balai Seni Negara.
TOKOH SENI ARCA
Dilahirkan pada tahun 1964 di Johor
Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Halus, UiTM Melaka
Pengarca yang mempunyai gaya semi abstrak, dengan karya bercirikan tempatan
Dilahirkan pada tahun 1960 di Perak
Pensyarah Kanan Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis, UiTM Shah Alam
Perkembangan idea yang menerapkan pemahaman formalistik dan konseptual dalam menggarap isu ideologi yang merupakan analogi kepada pembangunan kemanusiaan.
Dilahirkan pada tahun 1952 di Terengganu
Menerapkan nilai estetik tradisional dalam penghasilan karya dengan menggunakan teknik ukiran kayu dan kimpalan besi.
Dilahirkan pada tahun 1967 di Perak
Pengarca yang dalam usahanya memahami kehidupan dan mendalami keimanan, telah mengambil proses pembuatan arca sebagai satu jalan kerohanian