Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca.
Ini sesuai dengan peranan perngarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca.
Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.