Membentuk arca dengan menggunakan kemahiran tangan seperti pembuatan model. Bahan terbuka seperti tin, dawai, doh dan tanah liat boleh digunakan untuk penghasilan arca tiga dimensi.
Menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah atau dicantumkan sehingga menghasilkan satu struktur yang lebih besar. Dua teknik yang biasa digunakan ialah berkerangka dan tidak berkerangka. Arca yang berkerangka seperti arca simen, kerangkanya menggunakan dawai dan akan diliputi dengan lapisan simen. Arca yang tiada kerangka dibina dengan kaedah cantuman bahan seperti besi yang boleh dicantumkan dengan teknik kimpalan.
Kaedah mengukir dan membuang bahagian berlebihan pada bahagian yang digunakan seperti bongkah kayu, Plaster of Paris, batu marmar, lilin atau tanah liat sehingga pengarca berpuas hati dengan rupa, ruang, jalinan dan bentuk yang tinggal. Antara peralatan yang diperlukan ialah pahat, penukul, gergaji dan pengikis
Kaedah membentuk menggunakan acuan. Bahan yang sesuai digunakan ialah bahan cecair yang mudah membeku seperti lilin, Plaster of Paris, simen dan sebagainya. Arca ini boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dalam tempoh masa yang singkat.