Arca ini mempunyai seni kinetik kerana kemampuannya bergerak, berputar atau berombak
Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca.
Mobail juga dikenali sebagai arca bergerak atau arca kinetik. Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika.
Bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak