Kaedah menggunakan satu jenis bahan utama sahaja untuk dibina, ditambah dan dicantum.
Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asas atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandungi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum sama ada secara pateri atau kimpalan