Zoom Live
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi tentang kajian yang menggabungkan pembelajaran inkuiri dengan teknik 6 Topi Berfikir De Bono dalam meningkatkan kemahiran bertutur dan pemikiran kritis pelajar. Turut dikongsi, bagaimana perbincangan isu semasa, analisis pelbagai perspektif dan pembentangan lisan dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran berfikir secara berstruktur pelajar. Pelajar juga didapati mampu menghujahkan pendapat berdasarkan fakta yang sahih dan reflektif terhadap pembelajaran abad ke-21.
Sekolah
Sekolah Menengah Yusof Ishak
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi tentang kajian penggunaan AI Generatif melalui Chatbot TeacherGAIA untuk memperkasakan penguasaan bahasa, menggalakkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan pemikiran metakognitif pelajar. Turut dikongsi mengenai kemahiran berfikir secara kritis yang menjadikan pelajar lebih reflektif dan berdikari serta penggunaan AI secara beretika dan terkawal.
Sekolah
Sekolah Rendah Pasir Ris
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi tentang penggunaan maklum balas pelajar untuk meningkatkan kemahiran bertutur pelajar. Pengkaji juga akan berkongsi tentang penggunaan Strategi Talk Moves dan AQS (Affirm–Question–Suggest) yang digabungkan dan digunakan secara berstruktur untuk membimbing pelajar dalam memberi, menerima dan memanfaatkan maklum balas secara aktif. Dapatan awal menunjukkan peningkatan dari aspek keyakinan bertutur, memperluas kosa kata, dan kemahiran berkomunikasi pelajar.
Sekolah
Sekolah Rendah Valor