Zoom Live
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi bagaimana strategi maklum balas terbimbing P.S.S (Puji–Soalan–Saran) yang disokong dengan ayat berpandu (sentence stems) dapat meningkatkan literasi maklum balas dan kemahiran berfikir pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam kualiti maklum balas pelajar yang lebih spesifik, reflektif dan kritikal. Pengkaji juga akan berkongsi tentang struktur maklum balas berpandu yang membantu pelajar menilai dan memperbaik penulisan, membina pelajar yang celik maklum balas dan berfikiran kritis.
Sekolah
Sekolah Menengah Punggol
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi bagaimana maklum balas dialogik dapat mengubah cara pelajar berkeperluan sokongan tinggi memahami dan menggunakan maklum balas guru dalam penulisan karangan naratif. Perkongsian turut membincangkan strategi maklum balas dialogik yang diaplikasikan guru di bilik darjah. Dapatan menunjukkan interaksi dua hala, refleksi berstruktur dan dialog bermakna, dapat meningkatkan mutu penulisan, keyakinan dan agensi pembelajaran.
Sekolah
Sekolah Rendah Frontier (1)
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi rutin berfikir Fikir-Rasa-Prihatin atau Think-Feel-Care yang mampu membantu pelajar dalam pengajaran penulisan karangan. Turut dikongsi bagaimana rutin berfikir, bahan visual dan aplikasi ClassPoint dapat meningkatkan kolaborasi pelajar. Dapatan awal menunjukkan peningkatan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pelajar sekaligus meningkatkan mutu karangan pelajar.
Sekolah
Sekolah Rendah New Town