Zoom Live
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi tentang proses pembinaan karangan naratif melalui teknik Golongan Kata bagi menggalakkan pemikiran adaptif dan inventif pelajar dengan bantuan AI. Kajian ini melibatkan 59 pelajar G3 Menengah 4, G2 Menengah 3 dan G3 Menengah 1. Kajian ini juga menerapkan teknik Golongan Kata, model RACES dan e-pedagogi bagi memperkukuh penggunaan bahasa figuratif pelajar. Dapatan awal menunjukkan peningkatan kreativiti, ketepatan, keaslian idea serta keterlibatan aktif pelajar dalam penulisan naratif.
Sekolah
Sekolah Menengah Compassvale
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi mengenai pengintegrasian Pengajaran Pembezaan (DI) dengan penggunaan Aplikasi Canva dan SLS yang dapat meningkatkan kemahiran menulis pelajar. Aplikasi Canva membantu pelajar membina peta minda secara visual dan platform SLS digunakan untuk pembelajaran kolaboratif. Teknik penyoalan 5W1H digunakan bagi membimbing pelajar memperluas kosa kata dan menstruktur idea dengan sistematik. Kajian ini didapati berupaya meningkatkan minat, keyakinan dan kualiti penulisan pelajar.
Sekolah
Sekolah Perempuan Haig
Sinopsis
Pengkaji akan berkongsi tentang kajian yang dapat meningkatkan penguasaan kefahaman subjektif pelajar darjah 5 yang lemah dalam memahami teks dan menjawab soalan secara teratur. Kajian ini melibatkan penggunaan rutin berfikir dan e-pedagogi melalui aplikasi Padlet, Classkick dan Classpoint. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan dalam skor ujian, keyakinan diri, serta keupayaan berfikir secara analitikal pelajar.
Sekolah
Sekolah Fairfield Methodist (Rendah)