VISI

Untuk menjadi sebuah perpustakaan yang mampu memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan cetak yang menyeluruh kepada semua pengguna.

MISI

Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berlandaskan budaya membaca bagi memenuhi kehendak pengguna dan aspirasi negara.


LATAR BELAKANG


Pusat  Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘centre of action’ , ‘centre of learning’ dan ‘centre of consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai  agen  perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.

Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para murid SK Tanjung Sepat masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.

OBJEKTIF

PIAGAM PELANGGAN 

Berusaha menggembelengkan seluruh tenaga warga sekolah ini untuk mewujudkan suatu perkhidmatan yang cekap, cemerlang dan mantap dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara serta wawasan pendidikan. Usaha ini menjadi penghubung menuju ke arah kecemerlangan sekolah dengan memberi penekanan terhadap pengisian program pusat sumber sekolah yang berkesan agar dapat membantu dalam mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum dengan penuh rasa tanggungjawab selaras dengan aspirasi Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA). 

 

WAWASAN INI HANYA DAPAT DICAPAI MELALUI: 

 

DASAR KUALITI PERPUSTAKAAN

Kami komited memberi perkhidmatan perpustakaan melalui pinjaman dan pemulangan bahan cetak yang sistematik dan cekap serta penambahbaikan demi kepuasan pengguna.

 

OBJEKTIF PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT

 

FUNGSI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT

 

Waktu Operasi :