PROGRAM BUDI

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG SEPAT

TAHUN 2023/2024

 

1.0   LATAR BELAKANG

1.    Projek BUDI ini diwujudkan   memandangkan sebilangan besar para murid SK Tanjung Sepat kurang minat membaca.

2.    Budaya membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat kurang diambil perhatian.

3.    Pencapaian akademik murid masih di tahap yang tidak memuaskan.

 

1.0   RASIONAL

1.   Dalam kajian di buat oleh  pihak sekolah mendapati  tahap pembacaan para   murid amat rendah.

2.   Menggunakan masa untuk  membaca dengan berfaedah  secara tidak langsung dapat  mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.

3.   Kemahiran membaca  dianggap sebagai kemahiran hidup yang perlu dikuasai oleh setiap   murid bagi meningkatkan pencapaian  akademik.

 

2.0   MATLAMAT

Mewujudkan budaya membaca dikalangan warga sekolah dan melahirkan   murid cemerlang dari sudut rohani dan jasmani melalui budaya membaca sebagai amalan hidup

 

3.0   OBJEKTIF

1.    Memupuk budaya membaca di  peringkat awal lagi.

2.    Menanamkan minat membaca di kalangan warga sekolah dan masyarakat.

3.    Amalan membaca sebagai satu jambatan ilmu.

4.    Melahirkan   murid yang  berfikiran kritis dan kreatif.

5.    Meningkatkan akademik  murid.

 

4.0   SASARAN

1.    Semua warga sekolah.

2.    Ibu Bapa /Penjaga murid dan masyarakat setempat.

 

 

5.0   TARIKH , TEMPAT & MASA PERLAKSANAAN

Sepanjang tahun

 

6.0   STRATEGI PELAKSANAAN

1.    Menaikkan taraf Pusat Sumber Sekolah.

2.    Memberi taklimat pelaksanaan

3.    Membentuk AJK peringkat  sekolah (sila lihat lampiran)

4.    Pra- Penilaian.

5.    Pelaksanaan.

6.    Mengadakan kursus /bengkel.

7.    Penilaian.

8.    Rumusan /laporan (Setiap akhir tahun).

 

7.0   KPI (Indikator Output dan Outcome)

 

OUTPUT

Murid berupaya mencabar diri untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan untuk membina keyakinan diri.

OUTCOME

Murid berupaya mengaitkan pengalaman baru diperolehi dalam kehidupan seharian mereka.

 

8.0   NAMA PROJEK BUDI

Definisi BUDI

B ..…..…….Baca

U ...……….Untuk

D ...……….Dunia

I …...…….Ilmiah

(Ilmu Dunia dan Akhirat)

 

8.1   TAKRIF B.U.D.I SECARA MENYELURUH

B…..Baca

Sejajar dengan ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di gua Hira’ Surah Al-Alaq

Yang bermaksud:

Bacalah dengan TUHAN kamu.Yang menjadikan manusia dari seketuk darah.Berapa canggih pun dunia maklumat hari ini insan sejagat mesti menguasai kemahiran membaca.

 

U…..Untuk

Ditujukan kepada manusia sejagat untuk menguasai ilmu tanpa mengira statusnya(spt. Tua, muda, miskin kaya dan dan sebagainya.)

Sabda Nabi S.A.W

“Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad”

 

D…..Dunia

Dunia adalah satu medan perjuangan yang merupakan satu cabaran bagi manusia sejagat

-Pastinya ada kalah dan ada yang menang.

Sabda Nabi S.A.W

“Sesiapa yang menghadapi dunia hendaklah berilmu”

:sesiapa yang mahu kepada akhirat hendaklah berilmu”

“Sesiapa yang mahu kedua-duanya hendaklah berilmu”

 

I….Ilmiah

Sejajar dengan  FPN untuk melahirkan insan yang seimbang bagi duniawi dan ukhrawi

sabda nabi S.A.W

“Menuntut ilmu wajib ke atas orang-orang muslim dan muslimat”

 

9.0    PELAKSANAAN

9.1   AKTIVITI (Cara Pelaksanaan )

1.    Pengumuman guru  bertugas tepat pada jam 07.20 pagi.

2.    Guru berada di samping murid untuk membantu murid semasa di tapak perhimpunan. (pembimbing murid)

3.    Loceng dibunyikan pada 07.30 pagi menandakan berakhirnya masa untuk Program BUDI.

4.    Program dipandu oleh guru bertugas serta murid terpilih secara bergilir-gilir setiap hari.

(Isnin- Khamis)

5.    Murid-murid lain beratur di luar kelas.

6.    Setelah warga sekolah  selesai program BUDI, doa akan dibacakan oleh pengawas sekolah yang bertugas.

7.    Ibu bapa/penjaga murid, masyarakat dan pengusaha kantin yang berada di kawasan sekolah waktu itu juga akan mendengar persembahan murid.

8.    Program Budi bermula selepas iringan zikir dikelolakan  oleh juruacara melalui Radio Sekolah.

9.    Selepas 10 minit loceng dibunyikan menandakan program BUDI pada hari itu tamat.

9.2   KEKANGAN PROGRAM

1.    Sebilangan murid (10 %) datang lewat.-30% hadir di antara jam 07.20 hingga 07.30 pagi.

2.    Sebilangan besar murid kurang minat membaca.

3.    Sebilangan besar murid tidak membuat sebarang aktiviti semasa ketiadaan guru di dalam bilik darjah.

4.    Murid mempunyai kurang keyakinan diri semasa aktiviti BUDI.

5.    Guru terlepas pandang program dijalankan.

6.    Murid tidak mempunyai bahan bacaan di  rumah.

 

9.3   KESAN PELAKSANAAN PROGRAM

1.    Minat murid terhadap membaca dapat ditingkatkan kepada 50% daripada 30%.

2.    Kehadiran murid ke sekolah lebih awal daripada sebelumnya.

3.    Murid lebih berminat untuk meminjam buku dari Pusat Sumber Sekolah.

4.    Semasa ketiadaan guru di kelas murid lebih kerap pergi ke sudut -sudut bacaan yang disediakan.

5.    Meningkatkan keyakinan diri murid untuk berhadapan di khalayak ramai.

6.    Dapat  mengurangkan kebisingan di dalam kelas.

 

10.0       PENGURUSAN RISIKO

RISIKO

PUNCA

PENYELESAIAN

TANGGUNGJAWAB

Program tidak dapat dijalankan di sekolah jika sekolah ditutup.

Sekolah ditutup akibat pandemik covid-19

Menjalankan program secara atas talian supaya program berjalan lancar seperti yang dirancang.

Semua guru

Program kurang mendapat sambutan kerana memerlukan kerjasama murid dan ibu bapa bagi menjayakan program.

Kesibukan ibu bapa dalam urusan seharian

 

Guru mata pelajaran perlu berusaha menjadikan program ini mendapat sambutan di kalangan murid.

Semua guru

 

 

 

 

11.0       KAEDAH PEMANTAUAN

Pemantauan Pelaksanaan Program/ Aktiviti 

Pemantauan akan dilaksanakan oleh AJK Induk melalui Dokumentasi Laporan Program Minggu Pusat Sumber dan Panitia.

 

Pemantauan Pencapaian Outcome

Dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ketika sesi PdP dan PdPR dengan melihat kemampuan murid mengaitkan pengetahuan atau pengalaman yang mereka perolehi dalam sesi PdP.

 

12.0   PENUTUP

Adalah diharapkan agar program galakan membaca yang telah dirancang dapat dijalankan tanpa halangan memandangkan keperluan terhadap pembelajaran murid yang lebih berkualiti serta penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat.


LAPORAN BUDI 2022

LAPORAN BUDI 2021

JADUAL BUDI

TARIKH PROGRAM BUDI PSS & PANITIA 2022/2023