PAMERAN BERTEMA

Selamat Datang ke Pameran Bertema Secara Maya sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 anjuran Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat

LOGO DAN TEMA


Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’. Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini. 

'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Sambutan HKHM 2023. Tema  ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu,aman dan sejahtera. HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan Kemampanan budaya bangsa,berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

LAGU TEMA 2023

PERISTIWA BERSEJARAH

PEJUANG DAN TOKOH KEMERDEKAAN

LOKASI BERSEJARAH

PENUBUHAN MALAYSIA

LAGU NEGARAKU

Sejarah Ringkas Lagu Negaraku

Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu negeri Perak. 

Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu “Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh Sultan Abdullah, Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan di Pulau Seychelles. 

‘Negaraku’ menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air.

Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan.  

Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957. 


Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan Negara Malaysia.


Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK yang lain. Skor lagu ‘Negaraku’ telah disediakan oleh Alfonso Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff (Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall (Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya).


Seni kata Lagu Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.

Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ diperdengarkan buat julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor.


Pada malam bersejarah tersebut, bendera Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’.

Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal menjadi lagu rasmi negara.


Sumber: Malaysia 2017 (Jabatan Penerangan Malaysia)

Lirik & Video Rasmi Lagu Negaraku 

Negaraku
Tanah tumpahnya darah ku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Maksud Di Sebalik Lagu

Saiful Bahri telah menggubah lagu kebangsaan dalam tiga versi iaitu versi penuh, versi ringkas dan versi pendek.


Saiful Bahri dilahirkan di Payakumbuh, Sumatera Barat pada 19 September 1924 dan bertugas di Filem Negara Malaysia.


Beliau meninggal dunia di Tokyo, Jepun pada 26 Disember 1976 ketika usianya 52 tahun. Allahyarham meninggalkan isteri Puan Noraini Ahmad serta lima orang anak dan jenazahnya dituntut isteri pertamanya untuk dikebumikan di Jakarta, Indonesia.


Selain daripada Lagu Negaraku, Saiful Bahri juga merupakan penggubah lagu-lagu yang membangkitkan jiwa anak watan seperti lagu Malaysia Berjaya, Barisan Kita, Samudra Raya,
Gagah Perkasa dan Muhibbah.

RUKUN NEGARA

JATA NEGARA

JALUR GEMILANG

BUNGA KEBANGSAAN

lambang kebesaran negara

YANG DI-PERTUAN AGONG

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2023

PERDANA MENTERI

KOLEKSI LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN

video pendek

poster filem patriotik

komik patriotik

KUIZ SI CILIK PATRIOTIK

BUKU PELAWAT

34 Lembaran Kerja Merderka by ProjekGrafik.pdf