Sejarah Sekolah

Pada asalnya Kampung Tanjung Sepat adalah kampung yang terletak di persisiran pantai. Kawasan ini telah diteroka oleh kaum Asli dari Pulau Mahmeri atas Jakun. Tarikh mereka meneroka kawasan ini tidak diketahui tetapi diagakkan mereka telah meneroka Kampong Tanjung Sepat ini semenjak awal-awal lagi sebelum kuam lain datang ke kawasan ini.

Berperahu seludang kelapa,

Lancang layar mengkuang,

Selingkung pulau Mengkabau,

Selilit Pulau Perca,


Johok tanah Johor,

Pagar ruyung panjang tujuh,

Pedang serpuh dua belas,

Pengkalam dagang lima puluh.

Mengikut cerita mulut orang Asli, mereka berasal dari kepulauan Indonesia. Mereka berperahu datang ke Tanah Melayu. Di Tanah Melayu mereka mendiami tanah Johor (Negeri Johor). Di Johor mereka tinggal di satu kawasan di Johor Lama. Untık keselamatan, kawasan perkampungan mereka telah di pagar dengan nibung. Mereka hidup dalam satu kumpulan. Pada satu malam mereka ternampak bintang jatuh (mungkin tahi bintang), disebabkan mereka terlalu takut mereka lari bertempiaran satu kumpulan lari arah darat (hutan) dan satu kumpulan lari arah laut. Kumpulan yang lari arah darat dikenali sebagai kaum Sakai dan Semang. Manakala yang lari arah laut di kenali sebagai kaum Mahmeri atau Jakun.

Dari Johor lama, kaum Mahmeri ini telah belayar menyusur pantai hingga sampai ke Rengit lalu membuka kawasan baru. Apabila orang Melayu datang meneroka kawasan Rengit kaum asli ini telah berpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu ke Batu Pahat, mereka tidak lama menetap di satu tempat. Dari Batu Pahat memeka berpindah ke Melaka, seterusnya ke Lukut, ke Sepang Besar dan Sepang Kecil. Di Sepang, mereka tinggal di Permanang. Di Permanang masih terdapat kesan-kesan peninggalan orang asli hingga sekarang.

Dari Permanang mereka berpindah ke Bukit Bangkong, hingga sekarang mereka masih mendiami Kampung Bukit Bangkong. Sebahagian dari mereka telah belayar untuk mencari tempat yang lebih sesuai sehingga sampai ke satu Tanjung. Oleh kerana kawasan ini banyak terdapat ikan sepat mala tanjung ini dinamakan Tanjung Sepat. Mereka mendarat seterusnya meneroka kawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal. Sebahagian dari mereka tidak sesuai dengan keadaan perkampungan baru tersebut mereka telah meneruskan perjalanan mencari tanah yang lebih sesuai hingga sampai ke Telok Gonjeng. Di sini mereka tinggal di Sungai Bumbun, Sungai Judah dan Sungai Rambai. Setelah orang Inggeris membuka tanah Telok Gonjeng untuk di jadikan ladang, orang Inggeris telah menukar nama Telok Gonjeng dengan nama Pulau Carrey.

Penubuhan Kampung Tanjung Sepat Darat.

Pada tahu 1930 an satu kumpulan orang Melayu yang berasal dari Kampung Api-Api Kuala Selangor dan juga orang Melayu yang datang dari Kampung Batu Laut telah datang meneroka kampung Tanjung Sepat Darat yang terletak kira-kira 1.5km dari kampung Tanjung Sepat Laut yang didiami oleh orang Asli. Pada tahun 1940an satu kumpulan orang Melayu keturunan Jawa yang berasal dari Kampung sekitar Tanjung Sepat Darat seperti dari Kampung Kundang, Kampung Batu Laut dan dari Kampung Bukit Bangkong telah meneroka kawasan tanah yang belum diteroka.

Kedua-dua kumpulan peneroka ini telah membangunkan Kampung Tanjung Sepat. Ramai dari orang-orang Melayu yang datang dari Kampung Api-Api telah menjualkan tanahnya lalu pulang ke Kampung Asli mereka. Penduduk kampung telah melantik Encik Misron bin Mohd Taib sebagai ketua Kampung mereka, Di atas usaha gigih Encik Misron dan anak buahnya, mereka telah membangunkan kampung Tanjung Sepat Darat. Mereka telah membina surau sebagai tempat ibadat dan juga tempat mereka berkumpul dan bermesyuarat.

Zaman Jepun dan ancaman pengganas Komunis

Pada tahun 1942 Jepun telah menakluki Tanah Melayu, Jepun telah memerintah Tanah Melayu sehingga tahun 1945 selama 3 tahun 8 bulan. Di zaman pemerintahan Jepun terdapat berbagai-bagai pertubuhan menentang pemerintahan Jepun di antaranya ialah A.P.I (Angkatan Pemuda Insap) M.P.A.J.A, Parti Kominis Malaya dam lain-lain pertubuhan. Semuanya berjuang untuk menyingkirkan kuasa pemerintahan Jepun.

Pada tahun 1945 Jepun telah menyerah kalah se telah bandar Hirosyima dan Bandar Nagasaki dibom oleh tentera berikat dengan bom Atom. Setelah Jepun menyerah kalah, sebelum Inggeris berkuasa semula tiada pemerintah di Tanah Melayu. Bintang Tiga telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam ke- pada sesiapa yang disyaki membantu Jepun di zaman Jepun telah dibunuh. Sebelum dibunuh mereka telah diseksa dahulu, mereka telah diikat di persimpangan jalan dan sesiapa sahaja yang lalu di situ disuruh membaling dengan batu dan ada di antaranya diseksa dengan ditanam paras kepala dan ditinggalkan begitu sahaja.

Seminggu kemudian barulah wujud pemerintahan tentera B.M.A (British Military Act) dan seterusnya kerajaan Inggeris berkuasa semula. Kerajaan Inggeris telah menubuhkan Malayan Union yang mana dasar Malayan Union amat merugikan orang Melayu. Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan Parti UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) di Johor Baharu. Melalui UMNO orang Melayu menentang kerajaan Inggeris, Akhirnya pada 1hb Februari 1948 kerajaan Inggeris telah membatalkan Malayan Union dan menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada Tahun 1948 parti Komunis Malaya telah mengisytiharkan penentangannya terhadap kerajaan Inggeris. Mereka mengancam keselamatan awan. Seluruh Negara di isytiharkan Darurat. Komunis bergerak di mana-mana sahaja termasuk di Kampung Tumbuk dan juga Kampung Tanjung Sepat. Pada tahun 1950 Sir Henry Gurnry, Pesuruh Jaya Tinggi Tanah Melayu telah dibunuh oleh komunis semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Pada tahun yang sama Jeneral Sir Giral Templer telah dilantik menjadi Pesuruh Jaya Tinggi Tanah Melayu yang ke Tiga. Untuk mengurangkan komunis, beliau telah mengambil langkah dengan menepatkan mereka-mereka yang disyaki membantu komunis atau yang terdedah dengan ancaman komunis ditempatkan di satu kawasan berpagar. Orang-orang Cina yang tinggal di kampung-kampung seperti Batu Laut, Tumbuk, Tanjung Layang dan juga Tanjung Sepat telah ditempatkan di satu kawasan penempatan baru iaitu di pekan Tanjung Sepat sekarang, manakala penduduk Tumbuk telah diperintahkan berpindah ke tempat lain kebanyakannya balik ke kampung asal mereka. Setelah darurat tamat pada tahun 1962 sebahagian dari penduduk Tumbuk telah kembali ke kampung asal mereka sebahagiannya menetap di mana mereka tinggal masa darurat.

Se jarah Penubuhan Sekolah Kebangaaam Tanjung Sepat

Sekolah Melayu Tanjung Sepat telah diasaskan pada tahun 1948 oleh encik Misron dan anak buahnya, Pada asalnya mereka menumpang di bangunan surau. Murid yang belajar ketika itu seramai 25 orang murid lelaki dan perempuan diajar oleh Encik Miswan bin Ramli kemudian digantikan oleh Encik Yusuf bin Mohye. Pelajaran yang diajar hanya menulis,membaca dan mengira.

Penubuhan sekolah ini atas kesedaran penduduk kampung yang tidak mahu melihat anak-anak mereka tiada mempunyai pelajaran. Pada lantikan itu ramai di antara anak-anak penduduk kampung Tanjung Sepat tidak bersekolah kerana mereka terpaksa bersekolah di sekolah Melayu Batu Laut atau Sekolah Melayu Tumbuk yang jauhnya kira-kira 4 batu. Walaupun jauhnya sekadar 4 batu tetapi pada ketika itu tidak ada jalan perhubungan. Jalan yang menghubungkan kedua-dua kampung sekadar lorong kecil (denai) yang dipanggil oleh penduduk setempat sebagai lorong tikus. Keadaan lorong tersebut lecah dan melalui pinggir hutan.

Perkembangan Sekolah

Setelah menumpang di bangunan surau, pada awal tahun 1950 penduduk kampung telah bergotong royong membina sebuah bangunan yang panjangnya 30 kaki dan lebarnya 20 kaki. Bangunan ini dibina di tanah kerajaan. Dibuat daripada kayu-kayu bulat yang banyak terdapat di pinggir kampung dan beratapkan rumbia. Pembinaan bangunan sekolah ini bagi mengatasi masalah murid belajar di surau terutama bagi murid perempuan.

Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan dan usaha untuk mendapatkan guru kerajaan yang terlatih terus di laksanakan, Sebelum pihak kerajaan memberi pengiktirafan dan menempatkan Guru, pihak kerajaan (Jabatan Pelajaran Selangor) telah meminta penduduk membina bangunan sekolah yang lebih sempurna.

Pada bulan Mei 1951 penduduk kampung bergotong royong membina bangunan sekolah baru di sebidang tanah kepunyaan Encik Senat bin Marzuki. Bahan binaan seperti tiang diperolehi dari Sekolah Melayu Tumbuk yang terpaksa ditutup kerana penduduk Tumbuk di arahkan berpindah ke tempat lain bagi mengelakkan ancaman komunis. Bangunan baru telah siap dan mula digunakan pada bulan Ogos 1951 dengan bilangan murid seramai 43 orang.