definisi dan tujuan

Satu proses untuk mengorganisasikan bahan-bahan mengikut bidang , mata pelajaran perkara dan topik.

Tujuan

  • Mengesan bahan dengan cepat dan tepat di atas rak dan memulangkan bahan itu ke tempat asal.

  • Menunjukkan kekuatan dan kelemahan koleksi bahan.

  • Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang.

  • Memudahkan proses semakan stok.

  • Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod pinjaman.

  • Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara merujuk kepada nombor pengelasan yang diperlukan.

PENGENALAN

Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan bacaan mengikut keperluan yang dikehendaki dengan cepat, mudah dan dapat menentukan di mana tempat menyimpan bahan berkenaan supaya mudah dikesan kembali apabila dikehendaki.

Untuk pengetahuan anda biasanya buku-buku fiksyen tidak diberi nombor pengkelasan DDC. Jenis buku ini dikenali dengan huruf ‘F” sahaja. Contoh ‘FM’ untuk Fiksyen Bahasa Melayu dan "FI‟ untuk Fiksyen Bahasa Inggeris.

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Pertama

000 KARYA AM

100 FALSAFAH

200 AGAMA

300 SAINS KEMASYARAKATAN

400 BAHASA

500 SAINS TULEN

600 TEKNOLOGI

700 KESENIAN

800 KESUSASTERAAN

900 GEOGRAFI dan SEJARAH

Sejarah Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC)

Melville Louis Kossuth Dewey telah mencipta satu sistem pengkelasan buku di mana sistem ini akhirnya digunakan oleh kebanyakan perpustakaan. Beliau telah memberikan nombor pengkelasan berdasarkan perkara supaya semua bahan buku dan bukan buku dapat disusun dalam kelas-kelas tertentu. Sistem pengkelasan Perpuluhan Dewey telah membahagikan semua ilmu pengetahuan kepada sepuluh bahagian utama dan diberikan nombor pengkelasan seperti berikut:

Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey Ringkasan Kedua

Sebelum kita memahami cara hendak menggunakan ringkasan kedua kita terlebih dahulu perlu mengetahui cara untuk mengelas buku ataupun bahan dengan menggunakan senarai ringkasan pertama yang telah disebut di atas tadi. Kemudian satu senarai lanjutan yang dinamakan Senarai Ringkasan Kedua diwujudkan untuk memudahkan kita mencari pecahan ilmu sebagaimana yang terdapat dalam ringkasan pertama, contohnya adalah seperti berikut yang kami catatkan di bawah:

Contoh ringkas yang dapat kami nyatakan di sini bagi perkara Karya Am – 000 yang dipecahkan kepada sepuluh bahagian :-


000 KARYA AM

010 Bibliografi

020 Sains Perpustakaan

030 Ensiklopedia Am

040 (Belum dikhaskan)

050 Terbitan berkala Am

060 Pertubuhan Am

070 Kewartawanan

080 Koleksi Karya Am

090 Manuskrip dan Buku Nadir

Pecahan dalam ringkasan kedua untuk perkara 100 hingga 900 boleh anda rujuk di bawah ini:

100 FALSAFAH

110 Wujudiah

120 Ilmu, Sebab, Tujuan, Manusia

130 Kaji Jiwa Biasa dan Ajaib

140 Pendapat falsafah

150 Kaji Jiwa

160 Ilmu Mantik

170 Etika

180 Falsafah Timur

190 Falafah Barat

200 AGAMA

210 Agama Ketuhanan

220 Kitab Injil

230 Asas Ajaran Kristian

240 Moral dan Ibadah Keristian

250 Urusan Paderi, Kariah Gereja

260 Aspek Sosial dan Hal Ehwal Kristian

270 Sejarah dan Geografi Gereja

280 Mazhab dan Puak Kristian

290 Agama-agama Lain

300 SAINS KEMASYARAKATAN

310 Perangkaan

320 Ilmu Politik

330 Ekonomi

340 Undang-undang

350 Pentadbiran Awam

360 Perkhidmatan Sosial

370 Pendidikan

380 Perniagaan dan Pertubuhan

400 BAHASA

410 Linguistik

420 Bahsa Inggeris

430 Bahasa Jerman

440 Bahassa Perancis, Monaco

450 Bahasa Itali, Romania

460 Bahasa Sepanyol dan Semenanjung Iberian

470 Bahasa Latin dan Itali

480 Bahasa Yunani

490 Bahasa-bahasa Lain

500 SAINS TULEN

510 Ilmu Hisab

520 Astronomi

530 Fizik

540 Kimia

550 Sains Bumi

560 Sains Fosil

570 Sains hayat

580 Sains Tumbuhan

590 Sains Haiwan

600 SAINS TEKNOLOGI

610 Sains Perubatan

620 Sains kejuruteraan

630 Pertanian

640 Sains Rumahtangga

650 Perkhidmatan Pengurusan

660 Teknologi Kimia

670 Hasil Perusahaan Kimia

680 Hasil Kilang Lain

690 Bangunan

700 KESENIAN

710 Seni Lanskap

720 Seni Bina

730 Arca

740 Lukisan dan Seni Hiasan

750 Mengecat dan Catan

760 Seni Grafik

770 Seni Foto

780 Muzik

790 Seni Hiburan dan Lakonan

800 SASTERA

810 Sastera Amerika

820 Sastera Inggeris

830 Sastera Jerman

840 Sastera Perancis

850 Sastera Itali, Romania

860 Sastera Sepanyol, Portugis

870 Sastera Latin, Itali

880 Sastera Yunani

890 Sastera Bahasa-bahasa Lain


900 GEOGRAFI DAN SEJARAH

910 Geografi dan Lawatan

920 Biografi

930 Sejarah Am Dinia Purba

940 Eropah

950 Asia

960 Afrika

970 Amerika Utara

980 Amerika Selatan

990 Bahagian Dunia Lain