SEUNTAI KATA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Peranan Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) bagi mempertingkatkan kompetensi penjawat awam dalam pelbagai skop tugas semasa adalah penting bagi memastikan organisasi dapat ditadbir dengan baik. Sejak penubuhannya, pelbagai kemudahan dan prasarana telah dibangunkan untuk keselesaan pegawai yang mengikuti kursus di PLAS. Selain itu, PLAS juga sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengurusan dan pengendalian kursus selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013 hingga 2017.


Pelan Strategik Tahun 2013-2017 yang telah dilancarkan pada Januari 2013, menggariskan halatuju yang jelas bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada pelanggan. Pembangunan modal insan perlu selari dengan keperluan semasa agar ianya dapat menterjemahkan perlaksanaan program latihan yang memberi impak tinggi secara keseluruhannya. Pemantauan dan kajian semula strategi yang dirancang akan memastikan program latihan yang disusun adalah menepati perubahan persekitaran yang kompleks dan demanding pada masa kini.

Matlamat awal penubuhan Pusat Latihan Awam Selangor adalah menyediakan prasarana penyampaian ilmu dengan menggalas tanggungjawab menyediakan program kursus bagi mengukuhkan budaya dan amalan menuntut ilmu sepanjang hayat dikalangan anggota Perkhidmatan Awam Selangor, telah direalisasikan. Langkah selanjutnya ialah memantap dan memperkukuhkan pengisian latihan itu sendiri agar hasilnya dapat membina keyakinan masyarakat terhadap kualiti latihan yang bermutu dan efektif. Seluruh warga PLAS di bawah seliaan BPSM dari masa ke semasa senantiasa menzahirkan impian peserta kursus dengan pemikiran yang konstruktif, kreatif dan kritis. Cetusan sebegini dapat menyuntik kesedaran minda, kearah mendokong Halatuju Pembangunan Negeri Selangor 2025.


Saya menaruh harapan agar PLAS dapat menyumbang ke arah mewujudkan knowledge, competence and practice workers yang diperlukan di dalam perkhidmatan awam seperti yang digariskan di dalam pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013 - 2017. Tahniah dan syabas kepada peserta kursus yang senantiasa beusaha mempertingkatkan nilai jati diri ke arah memantapkan kompetensi dalam kerjaya anda.


Sekian, wasalam.


Dari meja Pengarah Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS),