FUNGSI

•Merancang, mereka bentuk, membangun dan melaksana modul latihan untuk Penjawat Awam Negeri Selangor selaras dengan hala tuju yang ditetapkan oleh Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.


•Berkerjasama dengan Cawangan Latihan dan Kompetensi serta Cawangan PengurusanIntegriti dan Kualiti, BPSM dalam melaksanakan kursus, seminar, dialog bagi memantapkan lagi mutu perkhidmatan / Integriti Penjawat Awam Selangor dan Ahli-Ahli Majlis.


•Memantapkan tahap pengetahuan Penjawat Awam dalam melaksanakan tugas terutama dalam bidang utama Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, seperti Pengurusan & Perundangan Tanah, Pengurusan Kewangan, Pengurusan & Perundangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


•Menyediakan forum dan bekerjasama rapat dengan agensi / bahagian di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, seperti Pejabat Tanah & Galian Selangor (PTGS), Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN, SPBT) dan lain-lain agensi Kerajaan Negeri danKerajaan Pusat bagi pelaksanaan dasar-dasar baru kerajaan dan kajian keberkesanan dasar sedia ada.


•Penyediaan infra, logistik serta keperluan untuk pelaksanaan program.