Pemulangan Bahan
Pemulangan Bahan
Pemulangan buku boleh dibuat di kaunter Sirkulasi.
Buku yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang ditetapkan. Denda sebanyak RM 0.10 sehari akan dikenakan kepada pengguna yang lewat memulangkan buku.
Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi rekod yang dipulangkan telah di batalkan sebelum meninggalkan kaunter Sirkulasi.
E-mel peringatan akan dikeluarkan tiga hari (3 hari) sebelum tarikh pemulangan bagi membolehkan pelanggan membuat pembaharuan atau memulangkan bahan pinjaman.
Pihak perpustakaan berhak untuk menahan perkhidmatan pinjaman dan lain – lain perkhidmatan kepada pengguna sekiranya bahan masih belum dipulangkan selepas notis peringatan dikeluarkan.
Pihak perpustakaan mempunyai hak untuk memanggil balik (recall item)bahan yang dipinjam dari pelanggan jika memerlukan bahan tersebut.
Denda lewat pemulangan bahan yang hilang akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh pelanggan.