BENGKEL LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT
BENGKEL LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT
Anjuran Unit Pusat Sumber PTSS dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan PTSS
Tarikh : 7 April 2021 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Makmal CAD1, JMSK, PTSS
Peserta : 30 orang
Penceramah : Puan Haizatul Afni Bt Bakhtiar
(Penolong Pustakawan, PPANPs) dan Puan Zairina Bt Hashim (Penolong Pustakawan, PPANPs)
Tanggal 23 April telah diisytiharkan sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyrights Day) semenjak tahun 1996 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Tujuannya adalah untuk menggalakkan aktiviti membaca, menerbit dan menjaga hak cipta.
Di Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) pulah telah menyarankan supaya Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia disambut di semua peringkat bagi mengembangkan budaya membaca di kalangan masyarakat.
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit adalah suatu program anjuran daripada Perpustakaan Negara Malaysia bagi menerapkan minat membaca dikalangan masyarakat dan meningkatkan kesedaran mengenai Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tahun ini, program ini diawalkan sehari (22 April 2021) dan dijalankan secara serentak diseluruh negara bermula jam 11.00 hingga 11.10 pagi, dengan tema 'Baca Itu Terapi'.
Terima kasih pada semua peserta yang telah menyertai dan menyokong program kami pada hari ini