TAKLIMAT UNIT PUSAT SUMBER DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN SERTA PENGGUNAAN DIGITAL REPOSITORI MYPOLYCC
Tarikh : 09 Januari 2025
Tempat : Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Masa : 2.30 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber Dengan Kerjasama MIHAS
Sasaran Peserta : Pelajar Semester 1
Taklimat ini telah dilaksanakan sempena Minggu Haluan Siswa (MIHAS) Pelajar Semester 1 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Taklimat ini juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fasiliti yang disediakan oleh Unit Pusat Sumber, tatacara penggunaan ‘Online Public Access Catalog (OPAC)’ dan juga pengkalan data U-Pustaka bagi tujuan pencarian bahan bacaan. Pelajar juga telah diminta untuk mendaftarkan diri ke dalam sistem perpustakaan bersepadu KOHA dan juga Digital Repositori MyPOLYCC bagi tujuan pinjaman bahan perpustakaan, pencarian bahan rujukan dan muat turun bahan daripada digital repositori.
TAKLIMAT PENDAFTARAN KEAHLIAN PUSAT SUMBER PTSS & PENGGUNAAN DIGITAL REPOSITORI MYPOLYCC
Tarikh : 22 Januari 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : Pelajar Semester 2 - 5
Siri taklimat ini diadakan bertujuan untuk mendaftarkan pelajar semester dua (2) hingga lima (5) ke dalam Sistem Bersepadu KOHA yang akan diguna pakai sepenuhnya bermula semester ini. Setiap sesi diadakan secara berasingan mengikut semester, jabatan dan kelas. Pelajar juga telah di dedahkan dengan penggunaan sistem KOHA secara lebih terperinci bagi tujuan daftar masuk ke dalam sistem, pencarian bahan menggunakan sistem KOHA dan juga Digital Repositori MyPOLYCC.
PROJEK CSR PENYEDIAAN PERPUSTAKAAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM PERLIS
Tarikh : 22 Februari 2025
Tempat : Kompleks Penyayang Tun Dr. Siti Hasmah, Jejawi, Perlis
Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS Dengan Kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis
Sasaran Peserta : 29 Orang Pensyarah Dan 6 Orang Staf Sokongan Akademik PTSS
Projek CSR ini bertujuan untuk membantu menjalankan kerja-kerja menyelenggara dan menyusun buku dalam Perpustakaan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis bertempat di Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi, Perlis. Inisiatif ini diambil bagi meningkatkan akses kepada bahan bacaan berkualiti dan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pengguna yang terdiri daripada anak-anak yatim dari pelbagai umur yang tinggal di pertubuhan ini. Dengan adanya perpustakaan kemas dan sistematik ini, ia akan memberikan keselesaan disamping memupuk minat membaca, meningkatkan prestasi akademik, dan membina kemahiran literasi yang kukuh.
JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
Tarikh : 23 April 2025
Tempat : Dewan Harum Manis PTSS
Masa : 9.00 Pagi
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : Staf PTSS
Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan program tahunan yang diadakan sempena menghayati Hari Hak Cipta dan Buku Sedunia. Pada tahun ini, program ini di adakan sebagai suatu aktiviti selingan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang diadakan di Dewan Harumanis berserta dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PTSS 2025. Seramai lebih kurang 300 orang staf telah menyertai aktiviti ini dengan membaca bersama selama 10 minit. Majlis Perhimpunan Bulanan tersebut tamat apabila jamuan hari raya bermula.
TAKLIMAT UNIT PUSAT SUMBER DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN SERTA PENGGUNAAN DIGITAL REPOSITORI MYPOLYCC
Tarikh : 11 Julai 2025
Tempat : Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Masa : 2.30 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber Dengan Kerjasama MSK
Sasaran Peserta : Pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan Semester 1
Taklimat ini telah dilaksanakan sempena Minggu Suai Kenal Pelajar Asasi Teknologi Kejuruteraan Semester 1 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Taklimat ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fasiliti yang disediakan oleh Unit Pusat Sumber, tatacara penggunaan ‘Online Public Access Catalog (OPAC)’ dan juga pengkalan data U-Pustaka bagi tujuan pencarian bahan bacaan. Pelajar juga telah diminta untuk mendaftarkan diri ke dalam Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA dan juga Digital Repositori MyPOLYCC bagi tujuan pinjaman bahan perpustakaan, pencarian bahan rujukan dan muat turun bahan daripada digital repositori.
"FAMILY DAY" UNIT PUSAT SUMBER PTSS 2025
Tarikh : 18 Julai 2025
Tempat : Dusun Riffa, Changlun, Kedah
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : 6 Orang Staf Unit Pusat Sumber PTSS
Program Family Day ini diadakan setahun sekali bagi memberi suasana santai kepada setiap staf dari bebanan kerja pada setiap hari. Dengan adanya hari keluarga ini setiap staf dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga dan rakan sekerja. Dalam masa yang sama, program ini juga diselitkan dengan jamuan perpisahan kepada staf unit pusat sumber yang bakal bertukar keluar ke jabatan-jabatan yang lain. Hal yang demikian bagi menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
TAKLIMAT UNIT PUSAT SUMBER DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN SERTA PENGGUNAAN DIGITAL REPOSITORI MYPOLYCC
Tarikh : 31 Julai 2025
Tempat : Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Masa : 3.30 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber Dengan Kerjasama MIHAS
Sasaran Peserta : Pelajar Semester 1
Taklimat ini telah dilaksanakan sempena Minggu Haluan Siswa (MIHAS) Pelajar Semester 1 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Taklimat ini juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fasiliti yang disediakan oleh Unit Pusat Sumber, tatacara penggunaan ‘Online Public Access Catalog (OPAC)’ dan juga pengkalan data U-Pustaka bagi tujuan pencarian bahan bacaan. Pelajar juga telah diminta untuk mendaftarkan diri ke dalam sistem perpustakaan bersepadu KOHA dan juga Digital Repositori MyPOLYCC bagi tujuan pinjaman bahan perpustakaan, pencarian bahan rujukan dan muat turun bahan daripada digital repositori.
KURSUS ASAS PENGURUSAN PERPUSTAKAAN: MODUL 1 (PENGENALAN KEPADA SISTEM PERPUSTAKAAN BERSEPADU KOHA)
Tarikh : 13 Ogos 2025
Tempat : Ruang Kerja, Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber Dengan Kerjasama MIHAS
Sasaran Peserta : 5 Orang Staf Unit Pusat Sumber
Perpustakaan PTSS merupakan pusat sumber ilmu yang penting dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengurusan perpustakaan yang cekap dan sistematik amat diperlukan bagi memastikan fungsi perpustakaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga PTSS. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf baharu Unit Pusat Sumber PTSS berkaitan dengan pengurusan asas perpustakaan, mempelajari manual asas Pengenalan Sistem Automasi Perpustakaan (LMS) KOHA serta menjalani sesi latihan pratikal KOHA (Modul Cataloging).
LAWATAN NAZIRAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)
Tarikh : 20 Ogos 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Sasaran Peserta : Staf Unit Pusat Sumber PTSS
Pusat Sumber Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin berbesar hati menerima lawatan naziran daripada tiga orang pegawai Perpustakaan Negara Malaysia pada 20 Ogos 2025. Lawatan ini bertujuan menilai pelaksanaan pengurusan koleksi pinjaman berkelompok serta memperkukuh hubungan strategik antara institusi. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pustakawan mengenai peranan dan fungsi Pusat Sumber, diikuti lawatan ke ruang-ruang utama seperti Sudut Media, Gerobok Buku, dan fasiliti sokongan lain.
PROGRAM “SEMANGAT MERDEKA 57”
Tarikh : 25 Ogos 2025 - 15 September 2025
Tempat : Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
Masa : 8.15 Pagi - 4.45 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber Dengan Kerjasama Unit Komunikasi Dan Hubungan Korporat PTSS
Sasaran Peserta : Semua Warga PTSS
Bulan Ogos merupakan bulan yang istimewa bagi seluruh rakyat Malaysia dalam memperingati Hari Kebangsaan yang menjadi lambang perpaduan dan kemerdekaan negara. Sehubungan dengan itu, program sambutan kemerdekaan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga institusi, menyemai rasa cinta dan bangga terhadap tanah air, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara semua lapisan warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Penganjuran program ini turut melibatkan kerjasama daripada Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat, PTSS. Sinergi antara unit ini diharap dapat menjayakan program dengan penuh semangat dan makna, selaras dengan aspirasi nasional dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67. Menyokong matlamat yang berkait rapat dengan perpustakaan terutamanya membudayakan membaca dan memartabatkan ilmu. Disamping itu, aktiviti yang diadakan dapat merapatkan hubungan dua hala antara Pusat Sumber dan warga PTSS.
LAWATAN PENANDA ARAS DAN MESYUARAT PERBINCANGAN PROGRAM TELAAH SEMPENA FESTIVAL OF IDEAS PERINGKAT NEGERI PERLIS DI UNIMAP
Tarikh : 28 Ogos 2025
Tempat : Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP Perlis
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : 2 Orang Staf Unit Pusat Sumber PTSS
Lawatan ini dilaksanakan sebagai salah satu langkah atau inisiatif Unit Pusat Sumber PTSS untuk memberi dan memperoleh pendedahan kepada amalan terbaik dan inovasi pengurusan perpustakaan yang terkini sesuai mengikut peredaran masa. Selain itu, melalui pendedahan ini diharap juga pusat sumber boleh mewujudkan cadangan penambahbaikan yang relevan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan di Institusi. Dengan pendedahan ini, diharap pusat sumber dapat mencetuskan idea baharu bagi menyokong pencapaian Pelan Strategik Perpustakaan/Institusi dengan terjalinnya hubungan kerjasama dan perkongsian sumber dengan perpustakaan IPT lain.
LAWATAN KHIDMAT NASIHAT DAN PERUNDINGAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Tarikh : 14 Oktober 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Sasaran Peserta : 3 Orang Staf Unit Pusat Sumber PTSS
Lawatan khidmat nasihat dan perundingan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah diadakan pada 14 Oktober 2025 di Unit Pusat Sumber, PTSS. Lawatan ini bertujuan memberi panduan serta nasihat profesional dalam aspek pengurusan, pembangunan koleksi, automasi dan peningkatan mutu perkhidmatan perpustakaan. Melalui sesi perbincangan dan semakan tapak, PNM telah mencadangkan beberapa penambahbaikan bagi memperkukuh kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatan. Lawatan ini turut mempererat kerjasama antara PNM dan pihak perpustakaan dalam usaha mempertingkatkan standard pengurusan perpustakaan mengikut piawaian kebangsaan.
KEMPEN JOM BACA 10 MINIT SEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025
Tarikh : Sepanjang Bulan Oktober 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari
Anjuran : Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Sasaran Peserta : Semua Warga PTSS
Kempen Jom Baca 10 Minit sempena Karnival Baca Perdana 2025 merupakan inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama perpustakaan awam negeri, institusi pendidikan, dan agensi kerajaan. Program ini bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan membaca sebagai asas pembentukan masyarakat berilmu dan berpengetahuan.
Pelaksanaan kempen ini melibatkan aktiviti membaca secara serentak di seluruh negara selama 10 minit pada masa yang telah ditetapkan. Kempen ini menjadi platform penting dalam menyemarakkan minat membaca dan memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu serta pemangkin pembangunan intelektual masyarakat. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia Madani dalam usaha melahirkan rakyat yang berfikiran kritikal, kreatif dan berpengetahuan luas.
MAJLIS PERPISAHAN STAF UIDM
Tarikh : 07 Oktober 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Anjuran : Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia (UIDM) Dengan Kerjasama Unit Pusat Sumber (UPS) PTSS
Sasaran Peserta : Staf UIDM Dan UPS
Majlis Perpisahan Staf telah diadakan pada 07 Oktober 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, Unit Pusat Sumber PTSS. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM) dengan kerjasama Unit Pusat Sumber bagi meraikan En. Ahmad Norhaizam bin Ahmad Rosli atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan penghargaan oleh Wakil Ketua Unit UIDM yang menyentuh tentang dedikasi, komitmen serta sumbangan signifikan staf berkenaan terhadap kemajuan organisasi. Seterusnya, majlis diserikan dengan penyampaian cenderamata kenangan dan tayangan montaj perjalanan kerjaya staf tersebut.
Suasana majlis berlangsung dengan penuh mesra dan suasana kekeluargaan, mencerminkan hubungan erat antara warga jabatan. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi bergambar kenangan bersama semua tetamu yang hadir. Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini berjaya mencapai objektifnya dalam menghargai jasa dan pengorbanan staf yang diraikan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga jabatan.
BENGKEL FOTOGRAFI PANORAMA PERLIS SEMPENA PROGRAM “TELAAH” DAN FESTIVAL OF IDEAS (FOI) PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025
Tarikh : 16 Oktober 2025
Tempat : Unit Pembangunan Instruksional Dan Multimedia (UIDM) PTSS
Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS Dengan Kerjasama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP
Sasaran Peserta : Seluruh Rakyat Negeri Perlis
Bengkel Fotografi Panorama Perlis merupakan satu inisiatif dalam usaha memperkasakan kemahiran dan kreativiti masyarakat khususnya golongan belia dan peminat fotografi. Melalui bengkel ini, peserta akan diberi pendedahan tentang teknik asas dan lanjutan fotografi panorama merangkumi aspek komposisi, pencahayaan, penggunaan peralatan serta teknologi terkini. Selain itu, bengkel ini juga membuka ruang untuk kolaborasi dan perkongsian idea bersama jurufoto profesional. Secara tidak langsung, penganjuran bengkel ini menyokong usaha memperkenalkan imej negeri Perlis di peringkat lebih luas serta melahirkan jurufoto berbakat yang mampu menjadi duta visual kepada keindahan negeri.
FESTIVAL OF IDEAS: TELAAH PERLIS PANTUN DAN PANORAMA
Tarikh : 17 Oktober 2025
Tempat : Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP Perlis
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Anjuran : Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP
Sasaran Peserta : Agensi Kerajaan Dan NGO Seluruh Negeri Perlis
Program Festival of Ideas (FOI): Telaah Perlis Pantun dan Panorama telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya sebagai satu wadah memperkasa warisan budaya, kesusasteraan dan seni visual negeri Perlis. Sebuah buku istimewa turut diterbitkan sempena program ini. Buku ini memaparkan panorama indah negeri Perlis yang dirakam oleh Encik Jasni bin Hashim, Ketua Jurutera, Jabatan Pembangunan UniMAP. Keindahan foto-foto tersebut diiringi dengan pantun indah nukilan Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, menjadikan karya ini satu gabungan seni visual dan sastera yang cukup mempesona. Program ini bukan sahaja menonjolkan keindahan negeri Perlis, tetapi juga memperkukuh apresiasi terhadap warisan bahasa, budaya dan seni tempatan.
Melalui pelaksanaan program ini, para peserta telah dapat memperluas pengetahuan dan penghargaan terhadap keindahan bahasa serta keunikan panorama negeri Perlis. Selain itu, program ini turut menjadi platform kolaborasi antara institusi pendidikan, badan kebudayaan dan komuniti tempatan dalam usaha memperkukuh jati diri serta memupuk semangat cintakan seni dan budaya warisan bangsa.Secara keseluruhannya, penganjuran Telaah Perlis – Pantun dan Panorama telah mencapai objektifnya dalam merangsang kreativiti, meningkatkan kesedaran budaya serta mempromosikan keindahan negeri Perlis sebagai sumber inspirasi dalam bidang kesusasteraan dan fotografi.
PAMERAN KOMIK KESEDARAN HALAL (PAKKEH) @ 1/2025: HALAL ITU WAJIB, BUKAN PILIHAN
Tarikh : 27 - 31 Oktober 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 9.00 Pagi - 4.00 Petang
Anjuran : Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (JPH) Dengan Kerjasama Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : Semua Warga PTSS
Secara keseluruhannya, Pameran Komik Kesedaran Halal telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus. Pameran ini berjaya menarik minat pelajar untuk mendalami isu halal melalui pendekatan kreatif yang ringan namun berinformasi.
Program ini turut memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan logo halal, proses pensijilan serta tanggungjawab pengguna Muslim dalam memastikan setiap produk yang digunakan memenuhi piawaian halal. Selain itu, karya-karya komik yang dipamerkan berjaya menyampaikan mesej kesedaran dengan cara yang menarik dan mudah difahami oleh pelbagai lapisan pengunjung.
Secara keseluruhannya, pameran ini telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap isu halal, di samping memupuk kreativiti serta tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda di institusi pengajian tinggi.
MESYUARAT PENGURUSAN UNIT PUSAT SUMBER PTSS BIL.3/2025
Tarikh : 28 Oktober 2025
Tempat : Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 9.00 Pagi
Anjuran : Bilik Mesyuarat Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : Staf Unit Pusat Sumber PTSS
Mesyuarat Unit Pusat Sumber PTSS yang diadakan pada 28 Oktober 2025 dengan kehadiran seramai 7 orang staf berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perancangan aktiviti dan pengurusan Pusat Sumber bagi sukuan ketiga (3) tahun 2025. Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan tindakan susulan yang telah dipersetujui bagi memastikan kelancaran operasi serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Pusat Sumber PTSS kepada pengguna di Institusi.