Sekitar perkarangan Perpustakaan Digital Kedah
17 Januari 2023
Satu lawatan penanda aras telah diadakan melibatkan staf Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ke Perpustakaan Digital Kedah yang terletak di Alor Setar, Kedah. Objektif lawatan antaranya untuk menambah pengetahuan dan berkongsi ilmu berkaitan teknologi yang digunakan di perpustakaan digital.
Seramai 27 orang peserta yang menyertai lawatan ini bergerak ke sana menaiki bas Politeknik dan kami telah di sambut dengan baik oleh staf perpustakaan dan diberikan taklimat ringkas berkaitan perpustakaan ini, yang merupakan perpustakaan digital kedua dibangunkan di Malaysia. Selepas itu kami dibawa melawat ke sekitar perpustakaan yang merangkumi 2 bangunan utama.
Selesai lawatan, kami diberi peluang untuk mengadakan sesi fotografi sekitar laman perpustakaan yang kelihatan sangat menarik, sesuai dengan konsep perpustakaan dalam taman.
Semoga semua peserta mendapat manfaat dari lawatan ini, dan pihak Unit Pusat Sumber mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.
15 Mac 2023
Bengkel Bahasa Isyarat Malaysia
Anjuran Unit Pusat Sumber
Bengkel ini telah disertai oleh staf PTSS bagi mempelajari asas bahasa isyarat Malaysia. Bermula dengan mengenal huruf a,b, c, nombor, dan beberapa komunikasi ringkas. Peserta juga turut menghafal gerakan isyarat bagi lagu dan menyanyikan bersama-sama dalam bahasa isyarat.
27 - 31 Mac 2023
Pada bulan Mac telah diadakan Program Library Week : Singgah Santai @Library bertujuan menggalakkan pelajar PTSS untuk mengunjungi perpustakaan bukan sahaja sebagai suatu pusat sumber ilmu bahkan sebagai ruang untuk bersantai dan berekreasi. Antara aktiviti yang diadakan ialah peraduan teka jumlah buku, teka silang kata jawi dan anugerah peminjam buku terbanyak bagi bulan Februari hingga Mac 2023. Selain itu, sepanjang minggu tersebut juga telah diisytiharkan sebagai minggu tanpa denda bagi pemulangan buku lewat. Program ini telah mendapat sambutan daripada ramai pelajar dan staf.
18 Mei 2023
Jamuan raya sempena meraikan staf PTSS telah berlangsung di Dewan Harum Manis PTSS. Unit Pusat Sumber telah diberi tugasan menyediakan cucur udang untuk santapan para tetamu. Sambutan hangat telah diberikan oleh semua staf PTSS dengan pelbagai juadah yang lazat-lazat belaka. Terima kasih PTSS.
18 Mei 2023
Program Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan anjuran Unit Pusat Sumber Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Program ini dijalankan bagi menarik minat pelajar dan juga staf Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin untuk berkunjung ke perpustakaan dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif.
Pelbagai aktiviti disusun bagi menarik kehadiran pengguna ke Pusat Sumber. Ia juga bertujuan bagi menyediakan ruang santai yang membolehkan setiap pengunjung perpustakaan merasa lebih selesa sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Program ini dirasmikan oleh Encik Mazrul Hisyam bin Mat Ali, Timbalan Sokongan Akademik PTSS.
20 Julai 2023
Unit Pusat Sumber dengan kerjasama ULPL telah menganjurkan Bengkel Microsft Office Excel pada :-
Tarikh : 18 Julai 2023
Hari : Selasa
Masa : 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat : Makmal CAD 1, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, PTSS
RIbuan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, Puan Yuslina Binti Salleh atas tunjuk ajar yang diberikan dan tak lupa juga kepada semua peserta yang telah mengikuti bengkel berkenaan.
25 Julai 2023
Lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis sempena Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2023 telah diadakan dan seramai 19 orang staf hadir memeriahkan program yang telah diadakan.
Kami disajikan dengan deklamasi sajak oleh Sasterawan Negara ke 15, Datuk Rahman Shaari yang merupakan anak kelahiran negeri Perlis. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Wan Badariah binti Wan Saad, Exco Kerajaan Negeri Perlis.
Terima kasih pada semua staf PTSS yang terlibat menghadiri lawatan ini.
1 Ogos 2023
Sesi lawatan Audit Dalaman EKSA Siri 1 bagi tahun 2023 telah berlangsung pagi tadi sekitar Zon Al Farabi yang merangkumi Unit Pusat Sumber, UIDM dan juga Unit Keusahawanan. Zon Al Farabi telah dikunjungi 3 orang auditor EKSA iaita Encik Subhi, Encik Awaludin Dan Encik Khalis.
Secara keseluruhannya auditor berpuas hati dengan tahap kebersihan zon dan berpendapat setiap ruangan dan sudut masih boleh dimanfaatkan dengan lebih baik lagi. Lawatan audit susulan akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan akan dimaklumkan tarikhnya kelak.