TAKLIMAT LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT PELAJAR BAHARU
TAKLIMAT LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT PELAJAR BAHARU
Tarikh : 08 Januari 2026
Tempat : Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
Anjuran : Unit Pusat Sumber Dengan Kerjasama Minggu Transformasi Siswa
Sasaran Peserta : Pelajar Semester 1
Taklimat ini telah dilaksanakan sempena Minggu Transformasi Siswa (MTS) Pelajar Semester 1 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Taklimat ini juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai fasiliti yang disediakan oleh Unit Pusat Sumber, tatacara penggunaan ‘Online Public Access Catalog (OPAC)’ dan juga pengkalan data U-Pustaka bagi tujuan pencarian bahan bacaan. Pelajar juga telah diminta untuk mendaftarkan diri ke dalam sistem perpustakaan bersepadu KOHA dan juga Digital Repositori MyPOLYCC bagi tujuan pinjaman bahan perpustakaan, pencarian bahan rujukan dan muat turun bahan daripada digital repositori.
Taklimat Pusat Sumber Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Unit Pusat Sumber, Puan Norhamiza binti Mohamad Hanopiah dan dibantu oleh Penolong Pustakawan, Encik Mohamad Fadhli bin Mustafa kepada pelajar baharu ambilan 2026.
MESYUARAT PENGURUSAN UNIT PUSAT SUMBER PTSS BIL.1/2026
Tarikh : 14 Januari 2026
Tempat : Bilik Mesyuarat Unit Pusat Sumber PTSS
Masa : 9.00 Pagi
Anjuran : Unit Pusat Sumber PTSS
Sasaran Peserta : Staf Unit Pusat Sumber
Mesyuarat Unit Pusat Sumber PTSS yang diadakan pada 14 Januari 2026 dengan kehadiran seramai 7 orang staf berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan perancangan aktiviti dan pengurusan Pusat Sumber bagi sukuan pertama (1) tahun 2026. Mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan tindakan susulan yang telah dipersetujui bagi memastikan kelancaran operasi serta meningkatkan keberkesanan perkhidmatan Pusat Sumber PTSS kepada pengguna di Institusi.