SIARAN TERKINI TAHUN 2025
JOTA-JOTI is the world’s largest digital and radio Scout events, promoting friendship and global citizenship 📻 📡 💻 🌍
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu bersama Pertubuhan Terengganu DX (ARRES)
akan menganjurkan Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet 2025 pada 17-19 Oktober 2025 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.
Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sempena Jota Joti 2025.
Hubungi Pemimpin Kumpulan untuk penyertaan.
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap.
INFO KEJOHANAN MENEMBAK AMAL 2025
KATEGORI VIP
Kategori ini dikhususkan untuk tetamu kehormat yang dijemput secara rasmi oleh pihak Pengakap Negeri Terengganu dan Ketua badan Korporat/Syarikat yang memberi penajaan utama.
KATEGORI KORPORAT
Kategori ini dibuka untuk kepada syarikat, agensi, GLC atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberi sumbangan amal.
KATEGORI TERBUKA PEMIMPIN PENGAKAP
Kategori ini untuk individu yang memegang peranan sebagai Pesuruhjaya, pemimpin atau guru pengakap seluruh Malaysia berumur 26 tahun keatas.
KATEGORI TERBUKA PENGAKAP KELANA/BELIA
Kategori ini terbuka kepada ahli Pengakap Kelana atau ahli pertubuhan belia seluruh Malaysia berumur 18 tahun -25 tahun.
KATEGORI TERBUKA AWAM
Kategori ini paling umum, terbuka kepada orang awam yang berminat menyertai aktiviti pertandingan ini yang berumur 26 tahun keatas.
Pautan Pendafaran Peserta Luar Negeri Terengganu -> https://bit.ly/menembak-siaran-ppm
Pautan Pendaftaran Peserta Dalam Negeri Terengganu--> https://bit.ly/menembak-siaran-ppmnt
Sekian,terima kasih.
Urus Setia | KMA 2025
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu
Email : datascoutppmtrg@gmail.com
14 ~ 21 December 2025. Participants are requested to arrive on the
Jamboree ground before noon of 14 December 2025 and may depart on 22 December 2025.
Kainomayan Scout Camp in the Municipality of Botolan, Province of
Zambales, Philippines The Jamboree site is 236 km from Manila, the capital
of the Republic of the Philippines.
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah dijemput untuk menyertai World Muslim Scout Jamboree Indonesia 2025 yang dianjurkan oleh Gerakan Pramuka, Indonesia.
Jambori tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 9 hingga 14 September 2025
Penyertaan : Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pemimpin
Tempat : Cibubur, Jakarta
Yuran Penyertaan : 350 USD seorang
Yuran tidak termasuk :
1) Tiket penerbangan pergi dan balik
2) Kit kontinjen Malaysia
3) Insurans
4) pelbagai (miscellaneous)
Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh hubungi En. Mohd Khairul Ikhwan bin Mohd Yusof, Pesuruhjaya Program Negeri di talian 013-996 6160.
Tarikh : 13 – 17 September 2025 | Bertempat di Pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor
PAPJ @ 2025
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap
Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor (PPMNg Johor) dengan kerjasama Pejabat Daerah Mersing dan Johor Corporation akan menganjurkan Perhimpunan Agung Pengakap Johor Kali Ke-27 Peringkat Antarabangsa bagi Tahun 2025 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 13 – 17 September 2025
Tempat : Pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor
Penyertaan : Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja dan Pemimpin yang berdaftar pada tahun 2025
Yuran Penyertaan : RM 350.00 (termasuk makan minum, kit program & pengangkutan)
Tarikh Tutup Penyertaan : 13 Julai 2025
International Scout Youth Leadership Forum 2025 @ Terengganu, Malaysia on 3 - 6 July 2025
The Scouts Association of Malaysia, Terengganu State, together with the Scouts
Association of Malaysia and the Terengganu State Government, will be organizing
the International Scout Youth Leadership Forum 2025 (SYL FORUM 2025) and
would like to invite local participants to join
ISYL 2025 | MALAYSIA
Jambori Pengakap Malaysia ke 14 & 8th IUMS Peace Jamboree akan diadakan pada 21-27 Disember 2024 bertempat di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu berbesar hati dan mempelawa semua Guru / Pemimpin Pengakap / Kelana dan semua ahli Pengakap di Sekolah Rendah / Menengah untuk bersama-sama sertai Jambori Pengakap Malaysia 2024 & 8th IUMS Peace Jamboree.
KOROBORI PENGAKAP KANAK -KANAK
3-6 JULAI 2024