Gilwell Reunion 2025
Gilwell Reunion 2025
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu, dengan kerjasama Pasukan Latihan Negeri Terengganu, akan menganjurkan Majlis Gilwell Reunion 2025 pada 7 November 2025 (Jumaat), bertempat di Elysium, Aras 3, Kuala Terengganu Drawbridge.
Majlis Gilwell Reunion merupakan acara tahunan yang menghimpunkan para Pemimpin Pengakap yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan Manikayu dan memiliki dua butir manikayu. Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, berkongsi pengalaman, serta menyemarakkan semangat kepengakapan dalam kalangan pemimpin.
Majlis ini akan turut dimeriahkan dengan jamuan buffet, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, serta aktiviti interaktif bersama rakan-rakan pengakap dari seluruh negeri.
Sekiranya Guru atau Pemimpin Pengakap berminat untuk menghadiri majlis ini, sila lengkapkan borang pendaftaran dan buat bayaran sebanyak RM70 selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2025.
Untuk pendaftaran, sila klik pautan berikut: https://forms.gle/i3KB8xbzecEWAvpW6