Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 (I)
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 (I)
KUALA NERUS, 11 OKTOBER - Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 (I) bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak dan Unit Pengakap Muda telah berlangsung dengan jaya pada 9 hingga 11 Oktober 2025 bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.
Sepanjang tiga hari berkursus, peserta didedahkan kepada pelbagai modul kepimpinan, kemahiran asas dan lanjutan, serta latihan praktikal yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin berwibawa dalam pergerakan Pengakap mengikut skim latihan masing-masing.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Norjamalullail bin Haji Mohd Nor, Pengerusi Pasukan Latihan Negeri. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga dan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus. Beliau turut menekankan pentingnya nilai kepimpinan, kerjasama dan disiplin dalam diri setiap Pemimpin Pengakap sebagai asas kepada pembangunan diri dan masyarakat. Dalam pada itu juga, beliau berharap agar peserta kursus pada hari ini dapat hadir ke Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 (II) yang akan diadakan pada 22 sehingga 25 Oktober 2025 nanti.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada barisan jurulatih dan pembimbing yang telah mencurahkan ilmu, masa dan tenaga demi memastikan kelancaran serta menjayakan kursus ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
#roadto100yearsscoutsterengganu
#PengakapTerengganu
#pengakapmalaysia
#TogetherWeLead