Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap.

INFO KEJOHANAN MENEMBAK AMAL 2025

KATEGORI VIP
Kategori ini dikhususkan untuk tetamu kehormat yang dijemput secara rasmi oleh pihak Pengakap Negeri Terengganu dan Ketua badan Korporat/Syarikat yang memberi penajaan utama. 

KATEGORI KORPORAT
Kategori ini dibuka untuk kepada syarikat, agensi, GLC atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberi sumbangan amal. 

KATEGORI TERBUKA PEMIMPIN PENGAKAP
Kategori ini untuk individu yang memegang peranan sebagai Pesuruhjaya, pemimpin atau guru pengakap seluruh Malaysia berumur 26 tahun keatas. 

KATEGORI TERBUKA PENGAKAP KELANA/BELIA
Kategori ini terbuka kepada ahli Pengakap Kelana atau ahli pertubuhan belia seluruh Malaysia berumur 18 tahun -25 tahun. 

KATEGORI TERBUKA AWAM
Kategori ini paling umum, terbuka kepada orang awam yang berminat menyertai aktiviti pertandingan ini yang berumur 26 tahun keatas.

Terima kasih kepada Tuan/Puan atas penyertaan
KEJOHANAN MENEMBAK AMAL
Anjuran bersama oleh :
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu
Kerjasama: Majlis Sukan Negeri Terengganu &
Persatuan Menembak Negeri Terengganu

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan program ini.

KATEGORI INDIVIDU AWAM RM500
1 Slot Penyertaan dengan 10 biji peluru setiap seorang
1 KIT Peserta
1 Kerusi Makan Malam
Sijil Penghargaan & Plak

KATEGORI INDIVIDU PENGAKAP KELANA / BELIA RM150
(Pengakap Terengganu)
1 Slot Penyertaan dengan 10 biji peluru setiap seorang
1 Tshirt Program
1 Kerusi Makan Malam
Sijil Penghargaan

KATEGORI INDIVIDU PESURUHJAYA / PEMIMPIN / GURU PENGAKAP RM150
(Pengakap Terengganu)
1 Slot Penyertaan dengan 10 biji peluru setiap seorang
1 KIT Peserta
1 Kerusi Makan Malam
Sijil Penghargaan & Plak

Pautan Pendafaran Peserta Luar Negeri Terengganu -> https://bit.ly/menembak-siaran-ppm

Pautan Pendaftaran Peserta Dalam Negeri Terengganu--> https://bit.ly/menembak-siaran-ppmnt 


TARIKH AKHIR PENDAFTARAN : 30 SEPTEMBER 2025


Sekian,terima kasih.

Urus Setia | KMA 2025
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu
Email : datascoutppmtrg@gmail.com