PENDAFTARAN JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA 2024
PENDAFTARAN JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA 2024
Assalamualaikum wbt & Salam Pengakap.
Jambori Pengakap Malaysia ke 14 & 8th IUMS Peace Jamboree akan diadakan pada 21-27 Disember 2024 bertempat di Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu berbesar hati dan mempelawa semua Guru / Pemimpin Pengakap / Kelana dan semua ahli Pengakap di Sekolah Rendah / Menengah untuk bersama-sama sertai Jambori Pengakap Malaysia 2024 & 8th IUMS Peace Jamboree.
SYARAT PENYERTAAN (PESERTA / PEMIMPIN) - KONTINJEN NEGERI TERENGGANU
Setiap penyertaan hendaklah melalui Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu.
YURAN PENYERTAAN (PESERTA / PEMIMPIN) RM450 seorang.
Yuran ini meliputi perkara berikut :-
1. RM 200.00 (Yuran Jambori Pengakap Malaysia - T-shirt Jambori, Skaf Jambori, Tag & Lanyard, Buku Panduan Jambori, Beg Bertali, Lencana Jambori, Botol Air, Buku Aktiviti, Sijil Penyertaan & Sijil Pencapaian)
2. RM 120 (Yuran Pengangkutan pergi - balik)
3. RM 80 (Makan & Minum)
4. RM 50 (Tshirt Kontinjen, 3pcs Lencana Kontinjen & Cap)
5. Penyertaan Jambori ini adalah secara sukarela dan bukan paksaan.
CARA PENDAFTARAN
1. Penyertaan perlu didaftarkan oleh Pemimpin / Guru Pengakap di sekolah / kumpulan masing-masing
2. Penyertaan murid perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua dan kebenaran ibubapa/penjaga
3. Muat Turun (BORANG PENDAFTARAN KELOMPOK JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA 2024) melalui pautan ini --> BORANG DAFTAR (Format Excel)
4. Pemimpin / Guru Pengakap perlu menghantar penyertaan secara atas talian (Google Form) - PENGESAHAN PENYERTAAN
5. Sila muat naik ke dalam Google Form setelah maklumat (PERKARA 3 ) telah lengkap diisi.
Lencana Kontinjen Negeri Terengganu
Lencana Jambori Malaysia