HASIL DAPATAN SELEPAS MEMBUAT LAWATAN KE SK SEREMBAN 2A (SKS2A)
Saya telah melawat ke pusat sumber SK Seremban 2A yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Bahan buku di pusat sumber ini diproses secara sistematik untuk diedarkan dan dapat digunakan dengan mudah dan cepat. Contoh aspek yang perlu diambil perhatian ialah tempat letak bahan, pengedaran, penggunaan dan penyelenggaraan bahan. Bahan buku di pusat sumber terdiri daripada tiga iaitu buku rujukan, buku bertanda merah dan buku pinjaman. Buku rujukan yang ditanda dengan label R pada label tulang buku tidak boleh dipinjam.
Oleh itu, tiada kad buku dan tarikh slip pulang dalam buku-buku red spot ini seperti ensiklopedia, tesis, majalah, jurnal, kamus dan sebagainya. Buku red spot ini bernilai tinggi, mahal, sukar didapati, berkulit tebal dan keselamatannya terjamin. Bagi buku-buku biasa pula boleh dipinjam dalam satu tempih masa, ada kad buku, slip tarikh pulang, ditandakan label pada tulang buku. Misalnya, buku cerita, novel dan sebagainya dan ditempatkan di rak buku Bahagian Pinjaman Biasa. Ada kad buku dan tarikh slip pulang. Murid boleh menggantikan buku jika hilang atau rosak, mudah didapati dan berkulit paperback.