KOLEKSI AKHBAR
KOLEKSI MAJALAH
(a) JURNAL
Sumber penulisan ahli akademik. Jurnal lazimnya mempunyai ramai editor untuk menilai dan memperakui artikel tersebut. Terbitan jurnal adalah secara berkala atau secara bersiri.
(b) MAJALAH
Terbitan berkala yang mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain. Contoh majalah ialah dewan pelajar, pelita ilmu, tunas cipta, dewan siswa dan sebagainya.
(c) BROSUR
Terbitan bukan secara berkala yang terdiri daripada satu atau beberapa helaian muka surat. Brosur ini juga biasanya digunakan untuk tujuan mempromosikan sesuatu benda.
(d) RENCANA
Suatu format karangan yang ditulis untuk diterbitkan dalam majalah atau siaran akhbar. Rencana ini juga ditulis untuk beri penerangan berkaitan sesuatu tajuk atau isu untuk maklumat para pembaca.
(e) LAPORAN
Laporan ini biasanya ditulis dan disediakan dengan lengkap tentang maklumat sesuatu hal atau perkara yang dilaporkan. Laporan ini perlu disimpan dengan baik kerana sangat penting.
(f) RISALAH
Terbitan bercetak secara percuma tanpa sebarang kos dan bertujuan untuk mempromosikan atau menyampaikan sesuatu maklumat dan pendidikan.
(g) KATALOG
Butiran senarai yang lengkap, lazimnya mengikut abjad, berserta catatan tentanf perinciannya.
(h) MANUAL PENGGUNA
Panduan kepada pengguna untuk memahami bagaimana sesuatu itu berfungsi atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang disediakan.
(i) BULETIN
Penerbitan oleh organisasi tertentu secara berkala (harian atau bulanan).
(j) CARTA
Grafik yang dibuat untuk mewakili data dalam bentuk gambar rajah, graf atau jadual.
(k) BUKU SKRAP
Aktiviti seni kreatif di sekolah di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu kerjaya dikumpulkan sebagai subuah album atau buku dan digunakan sebagai satu medium penyebaran maklumat kerjaya (pendekatan projek).
(l) ARTIKEL
Artikel merupakan suatu karya tulis yang mempunyai sifat faktual, namun terdapat pendapat atau idea seseorang mengenai masalah tertentu. Artikel memiliki tujuan untuk mendidik, mempengaruhi, memberitahu, meyakinkan atau dapat menghibur dengan cara mempublikasikannya. Artikel ditulis dengan ringkas, padat, jelas dan tuntas serta bersifat informatif dan faktual. Selain itu, metode penulisan artikel ini dibuat secara sistematis sehingga pembaca dapat mengerti isinya dengan mudah, mempunyai bahasa baku denotatif dan efektif. Terdapat banyak jenis artikel misalnya artikel berbentuk argumentasi dan persuasi.
(m) CERPEN
Singkatan untuk cerita pendek yang direka dengan plot yang kemas dan mempunyai watak yang sangat terhad sahaja. Cerpen ditulis secara ringkas, pendek, padar dan bererti. Panjangnya adalah dari 3 hingga 10 muka surat. Ceritanya juga bersifat fiktif dan rekaan semata-mata serta kata-katanya sangat ekonomis.