PENGENALAN
Automasi pusat sumber merujuk kepada penggunaan komputer untuk melaksanakan operasi-operasi asas pemprosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehan dan pengkatalogan dan fungsi sirkulasi bahan-bahan yang dibuat secara manual sebelum ini oleh kakitangan PSS. Sistem ini melancarkan pengurusan peminjaman, pemulangan buku serta perolehan bahan dengan cepat dan mudah.
Kebanyakan pusat sumber di peringkat sekolah sering menggunakan Sistem PS-Sentral dalam pengurusan pusat sumber mereka.
Pautan iaitu http://btp.tarantula.my/ merupakab pautan bagi mengakses ke laman IQPSS dan I-NILAM, namun terdapat satu lagi sistem yang disediakan oleh tarantula ini iaitu PS-SENTRAL di mana terdapat satu pengkalan sistem automasi berpusat secara maya. Ianya lebih murah dan lebih mudah digunakan oleh GPM untuk melancarkan pengurusan bahan dan lain-lain bagi PSS anda.
1)Masalah pinjaman dan pemulangan buku.
2)Masalah yang timbul dikaunter ketika proses pinjaman dan
pemulangan:-
-Mengambil masa yang lama untuk mencari kad keahlian
semasa proses pemulangan. Ini menyebabkan keadaan di
kaunter menjadi sesak.
-Kad keahlian kerap kali tidak berada pada ruangan
simpanan yang betul. Ini menyebabkan pengawas PSS tidak
dapat mencari kad tersebut dan terpaksa memeriksa kad
ahli tersebut di ruangan kelas lain.
-Kad pulangan ‘ due date’ yang tidak dimasukkan dengan
betul oleh pengawas bertugas akan menimbulkan kekeliruan
ketika buku tersebut hendak dipulangkan.
-Kad ahli sentiasa hilang di kaunter dan pihak perpustakaan
terpaksa menggantikan kad tersebut.
-Kad pulangan yang sentiasa hilang atau tidak dimasukkan
dengan betul ke dalam poket buku yang sepatutnya.
SISTEM AUTOMASI E-PROSES
Sistem automasi pengurusan pusat sumber sekolah ini di kenali sebagai E-Proses.
Sistem automasi pengurusan pusat sumber sekolah ini dijual pada harga yang murah untuk membantu pihak sekolah yang kekurangan peruntukan untuk membeli sistem automasi pusat sumber yang kebanyakannya agak mahal yang berada di pasaran.
Walaupun murah, sistem ini mengandungi semua ciri - ciri yang ada pada sistem pengurusan buku pusat sumber yang mahal yang terdapat dipasaran. Antara kemudahan yang terdapat dalam E-Proses ialah mencetak stok perolehan buku, mencetak kod bar buku, mencetak tulang buku, mencetak kad pelajar serta barkod pelajar. Sistem ini juga menyediakan kemudahan untuk menguruskan sirkulasi pinjaman dan pemulangan buku dengan menggunakan mesin pengimbas barkod.
Kebanyakan sekolah yang menggunakan sistem ini memberi komen bahawa sistem ini mudah digunakan serta disenggarakan.
Guru tidak perlu menaip nama pelajar, semua nama pelajar boleh diimport dari APDM. Sistem amat mudah dipelajari, boleh dipelajari hanya melalui buku panduan serta video yang diberikan.
Sistem ini boleh dipasang lebih dari 1 komputer, data boleh digabungkan antara pc untuk mudahkan tugas.
Harga yang ditawarkan untuk sistem ini ialah RM...... Sahaja ). DVD pemasangan, resit serta buku panduan akan dihantar ke sekolah menggunakan pos ekspress.
Banyak sekolah yang telah membeli dan menggunakan perisian pusat sumber lain telah beralih menggunakan E-Proses kerana tidak memerlukan selenggaraan yang rumit seperti sistem-sistem lain,mudah digunakan,rekod servis yang cepat dan harga yang berpatutan.
Sistem ini juga boleh import data-data dari perisian lain untuk digabungkan bersama,dengan ini menjimatkan masa dan tidak perlu 'key in' semula.