APA ITU ISBD ?
ISBD adalah maklumat untuk membuat penerangan bibliografik dalam bentuk yang boleh dibaca oleh manusia yang standard, terutama untuk digunakan dalam bidang katalog perpustakaan.
TUJUAN ISBD
Tujuan ISBD adalah untuk menyediakan satu bentuk standard berkenaan maklumat bibliografik yang boleh digunakan untuk menukar rekod di peringkat antarabangsa. Kewujudan Internet dan ISBD telah membolehkan proses peniruan katalog (copy cataloguing) berlaku dengan mudah.
CONTOH FORMAT ISBD
KETERTIBAN STRUKTUR ISBD
Sebelum sesuatu bahan di pusat sumber dikatalogkan, pengkatalog memerlukan punca-punca akses yang disebut entri. Entri merupakan satu rekod dalam sistem katalog berdasarkan penyataan penanggungjawab sesuatu bahan yang dikatalogkan.
Tiga entri yang menjadi keperluan ialah pengarang, judul dan perkara. Pengkatalog perlu memilih salah satu daripada entri tersebut untuk dijadikan entri utama.
Entri selainnya dinamakan sebagai entri tambahan. Entri tambahan dibuat mengikut keperluan pusst sumber. Kebanyakan pustakawan akan menjadikan tajuk perkara bahan sumber sumber sebagai entri tambahan.
Di sini disertakan contoh entri utama dan beberapa entri tambahan untuk rujukan dan panduan anda. Perhatikan bahawa semua maklumat dalam pengkatalogan adalah disusun mengikut ketertiban struktur ISBD yang telah diterangkan di atas.
CONTOH ENTRI UTAMA DAN ENTRI TAMBAHAN
KATALOG ENTRI UTAMA - PENGARANG
KATALOG ENTRI TAMBAHAN - PERKARA
KATALOG ENTRI TAMBAHAN (JUDUL)