Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat salinan aplikasi ke dalam akaun AppSheet dan Google Drive anda sendiri:
Langkah 1: Akses Pautan Template
Klik pada pautan Share atau Template aplikasi eStor Makmal Template yang telah diberikan. Anda akan dibawa ke paparan utama AppSheet. Untuk akses template ini anda perlu kongsikan alamat email kepada saya menggunakan butang Share mail di bawah.
Langkah 2: Membuka Menu Salinan (Copy App)
Pada menu di sebelah kiri paparan, navigasi ke bahagian Manage (ikon tetapan/pengurusan) dan pilih sub-menu Collaborate & Publish.
Di bawah ruangan Team Work, klik pada butang Copy App untuk membuka tetingkap Copy your App.
Langkah 3: Menetapkan Tetapan SalinanĀ
Apabila tetingkap Copy your App dipaparkan, sila lakukan tetapan berikut dengan teliti:
App name: Masukkan nama baharu bagi aplikasi anda (contoh: eStor Makmal Sekolah Saya).
Category: Anda boleh pilih kategori yang sesuai (contoh: Education atau Operations) atau biarkan kosong.
Save app to: Pastikan pilihan kekal pada google.
Make a copy of the data for the new app: Pastikan pilihan ini diaktifkan (TICK / Butang Biru). Ini penting supaya sistem membuat salinan fail Google Sheets yang baharu ke Google Drive anda tanpa mengganggu data asal pemilik template.
Make a copy of file data (eg: images) for the new app: Pastikan pilihan ini juga diaktifkan (TICK / Butang Biru). Ini bertujuan untuk menyalin semua fail media atau gambar struktur menu makmal (seperti menu Sains Tulen dan Sains Teras) agar paparan imej pada aplikasi baharu anda tidak rosak atau hilang.
Langkah 4: Pengesahan Salinan
Selepas memastikan kedua-dua butang pilihan di atas berwarna biru, klik butang Copy app.
Sistem AppSheet akan mengambil masa beberapa ketika untuk menjana aplikasi dan menyalin pangkalan data (database) ke dalam akaun Google anda.
Langkah 5: Kemaskini Status Item dan Item Bahan Kimia (1)
Klik pada pautan ITEM dan ITEM BHN KMA untuk mengubah status data.
Langkah 7: Kemaskini Status Item dan Item Bahan Kimia (2)
Klik pada pautan Adds dan Deletes sahaja dan klik SAVE. Sila lakukan data bagi ITEM dan ITEM BHN KMA.
Langkah 8: Pengisian Data
Sila klik butang + bagi pengisian data..
Langkah 9: Data Bahan, Peralatan dan Bahan Kimia
Data tersebut didapati melalui penyelidikan dan pemerhatian kami serta boleh ditambah sekiranya data tiada dalam senarai.
Langkah 10: Contact Me
Sebarang pertanyaan dan kekeliruan mengenai Estor boleh hubungi kami dengan menggunakan butang Contact Me di bawah.