Aplikasi eAmali merupakan sebuah inovasi berasaskan AppSheet yang dibangunkan khas untuk memudahkan Pembantu Makmal dalam urusan penyediaan peralatan sains dan bahan kimia secara lebih tersusun. Aplikasi ini turut menyediakan paparan visual serta gambaran awal perjalanan eksperimen dan hasil amali secara interaktif.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru Sains Teras dan Sains Tulen atas usaha gigih menghasilkan video-video panduan berkualiti di YouTube. Kredit penuh bagi semua kandungan video adalah milik pencipta asal di saluran YouTube berkenaan
Memudahkan Pengurusan & Penyediaan Radas:
Membantu Pembantu Makmal mengenal pasti dan menyediakan senarai peralatan sains serta bahan kimia yang tepat mengikut tajuk amali dengan lebih pantas.
Memandu Gambaran Pelaksanaan Eksperimen:
Memberi gambaran visual yang jelas tentang aliran pelaksanaan amali dan susunan radas sebelum, semasa, dan selepas eksperimen dijalankan.
Meningkatkan Keselamatan & Ketepatan Penyediaan:
Mengurangkan ralat dalam penyediaan bahan kimia atau radas kritikal menerusi rujukan senarai dan pautan video amali yang tepat.
Menyediakan Pusat Rujukan Digital Setempat:
Menyatu dan menyusun bahan rujukan serta video panduan amali (daripada rakan guru di YouTube) ke dalam satu platform digital berasaskan AppSheet yang mudah diakses pada bila-bila masa.
Meningkatkan Kecekapan Masa & Operasi Makmal:
Mempercepatkan proses persediaan makmal, terutamanya bagi Pembantu Makmal baharu atau bagi eksperimen yang jarang dijalankan.
Pilih nama Subjek, Tingkatan dan Nama Eksperimen
Untuk kembali ke menu utama.
Not seeing anything above? Reauthenticate
Boleh diakses menerusi PC, tablet, mahupun telefon bimbit anda! Tekan pautan eAmali di bawah untuk mula guna:
Sebarang pertanyaan dan kekeliruan mengenai eStor boleh hubungi kami dengan menggunakan butang Contact Me di bawah.