BIKAR
Bikar ialah alat radas makmal berbentuk silinder yang berfungsi untuk mengisi, mencampur, memanas, dan memindahkan cecair atau bahan kimia. Ia dilengkapi dengan senggat ukuran kasar dan muncung untuk memudahkan penuangan.
Fungsi spesifik bikar merangkumi:
Penyediaan Larutan: Digunakan untuk melarut, membancuh, dan mencampurkan pelbagai reagen atau bahan kimia.
Pemanasan Cecair: Diperbuat daripada kaca borosilikat, ia selamat dipanaskan menggunakan penunu Bunsen atau plat pemanas.
Penyimpanan Sementara: Bertindak sebagai bekas simpanan sementara untuk cecair atau sampel semasa eksperimen dijalankan.
Pengukuran Anggaran: Senggat pada dinding bikar membolehkan pengguna menyukat isi padu cecair secara kasar.
Nota Penting: Ukuran pada bikar adalah anggaran (tepat berjulat sekitar 10%) dan tidak boleh digunakan untuk pengukuran yang memerlukan ketepatan tinggi.
Penyimpanan dan penyelenggaraan:
1. Basuh dan bilas bikar dengan air atau detergen.
2. Keringkan dan simpan bikar di tempat yang sesuai dan selamat.
BURET
Fungsi:
1. Mengukur dan mengeluarkan isi padu cecair dengan tepat (kejituan 0.05 ml).
2. Buret biasanya digunakan semasa pentitratan.
Pengendalian:
1. Basuh buret dengan air paip dan kemudian bilas dengan air suling diikuti dengan cecair yang akan diisikan.
2. Isikan buret dengan cecair melebihi 1 cm hingga 2 cm daripada paras tanda maksima.
3. Pastikan buret diapitkan menegak pada kaki retort.
4. Buka injap buret dan biarkan sedikit larutan mengalir keluar untuk memastikan bahagian jet buret dipenuhi dengan cecair sebelum memulakan amali.
5. Jika terdapat gelembung udara di bahagian jet, jentik dengan cermat untuk menghilangkannya.
6. Untuk mengeluarkan cecair dari buret, pegang bahagian injap stop-cock buret dan pusingkannya.
7. Pastikan aras mata sama dengan aras cecair di dalam buret.
8. Gunakan sekeping kertas putih yang diletakkan di belakang buret untuk memudahkan bacaan isi padu cecair dengan lebih jelas
Penyimpanan dan penyelenggaraan:
Keluarkan semua cecair dari buret melalui injap stop-cock.
Basuh dan bilas buret dengan air atau detergen.
Keringkan buret secara menegak pada rak buret pada suhu bilik.
Sapu gris seperti vaselin atau jeli petroleum pada penutup injap untuk mengelakkan kebocoran dan membolehkan stop-cock dipusing dengan baik.
Jangan gunakan terlalu banyak gris kerana ini akan menyumbat lubang stop-cock dan bahagian jet buret.
CORONG TURAS
Fungsi: Mengasingkan pepejal daripada cecair melalui proses penurasan
Pengendalian:
1. Letakkan corong turas di atas kelalang kon atau kaki retort supaya stabil.
2. Lipat kertas turas menjadi bentuk kon dan letakkan pada corong turas.
3. Lembapkan kertas turas dengan air suling supaya kertas turas melekat pada dinding corong turas.
Penyimpanan dan penyelenggaraan:
1. Keluarkan kertas turas yang melekat pada dinding corong turas dengan menggunakan rod kaca.
2. Basuh dan bilas corong turas dengan air atau detergen.
3. Keringkan corong turas dan disimpan dalam almari dengan cermat.
TABUNG UJI (SAIZ LEBIH KECIL)
Tabung uji berfungsi sebagai bekas atau wadah untuk mengisi, memegang, mencampur, dan memanaskan sejumlah kecil bahan kimia atau cecair semasa eksperimen makmal
Berikut adalah fungsi dan kegunaan utamanya secara ringkas:
Bekas Reaksi: Menjalankan tindak balas kimia berskala kecil.
Penyimpanan Cecair: Menyimpan atau melarutkan bahan kimia sementara.
Pemanasan: Memanaskan cecair atau bahan sampel menggunakan penunu Bunsen.
TABUNG DIDIH (SAIZ LEBIH BESAR)
Fungsi utama tabung didih adalah untuk memanaskan bahan kimia dalam kuantiti yang kecil.
Berikut adalah ciri dan fungsi spesifiknya:
Tahan Haba: Diperbuat daripada kaca yang tahan panas (kaca borosilikat) supaya tidak mudah pecah apabila dipanaskan secara terus di atas nyalaan penunu Bunsen.
Saiz: Lebih besar dan tebal sedikit berbanding tabung uji biasa, membolehkannya mendidihkan cecair tanpa mudah melimpah. [1, 2]
Semasa menggunakannya, tabung ini biasanya dipegang menggunakan penyepit kayu atau logam (penyepit tabung didih) untuk mengelakkan tangan daripada melecur.
Pengendalian: Sebelum pemanasan
Pegang tabung didih dengan menggunakan penyepit (thong).
Pengendalian: Semasa pemanasan
1. Alihkan tabung didih dari api secara berselang-seli untuk mengelakkan cecair membuak keluar semasa pendidihan melampau jika menggunakan kaedah pemanasan langsung.
2. Letakkan tabung didih ke dalam bikar yang mengandungi air jika menggunakan kaedah kukusan air. Setelah pemanasan Letakkan tabung didih yang panas dalam rak tabung uji dengan cermat dengan menggunakan penyepit (thong).
Penyimpanan dan penyelenggaraan:
1. Basuh dan bilas tabung uji atau tabung didih dengan air atau detergen.
2. Gunakan berus tabung uji untuk mencuci sekiranya terdapat bahan pepejal yang melekat pada bahagian dalam dinding tabung uji atau tabung didih.
3. Keringkan dan simpan tabung uji atau tabung didih di tempat yang sesuai dan selamat.
PIRING PETRI
Fungsi utama piring petri adalah sebagai bekas makmal untuk mengultur dan membiakkan mikroorganisma (seperti bakteria dan kulat) atau sel dalam persekitaran yang terkawal.
Selain itu, ia turut digunakan untuk pelbagai tujuan lain:
Pemerhatian Mikroskopik: Membolehkan saintis melihat pertumbuhan sel atau koloni bakteria dengan jelas di bawah mikroskop.
Ujian Spesimen: Menyimpan, mengeringkan, atau menimbang sampel pepejal dan cecair di dalam makmal.
Ujian Sensitiviti Antibiotik: Digunakan untuk mengkaji keberkesanan sesuatu antibiotik terhadap bakteria.
PIPET
Fungsi: Memindahkan suatu isi padu cecair secara tepat. Fungsi ini dijalankan melalui pelbagai jenis pipet:
Pipet Tetes: Mengambil cecair dalam jumlah yang kecil dan tidak spesifik, biasanya untuk titisan.
Pipet Ukur & Pipet Isipadu (Volumetrik): Memindahkan isipadu cecair dengan tepat menggunakan skala ukuran.
Mikropipet: Memindahkan cecair bernilai sangat kecil (seperti mikroliter) dengan ketepatan yang sangat tinggi.
Pengendalian:
1. Basuh pipet dengan air paip dan bilas dengan air suling diikuti dengan larutan yang hendak diukur dengan menggunakan pipet.
2. Sentuhkan hujung pipet pada dasar kelalang kon yang disendengkan supaya manamana titis cecair yang terlekat pada hujung pipet dikeluarkan.
3. Pasangkan bahagian hujung bawah getah pengisi pipet pada mulut pipet.
4. Picit injap ‘A’ dengan ibu jari dan jari telunjuk.
5. Kempiskan bebola getah dengan menggunakan sebelah tangan lagi untuk mengeluarkan udara.
6. Letak muncung pipet dalam cecair yang hendak disukat. Pastikan hujung pipet berada di bawah aras cecair sebelum menyedut cecair.
7. Picit injap ‘S’ supaya cecair masuk ke dalam pipet sehingga paras senggatan. Elakkan hujung pipet menyentuh dinding atau dasar sesuatu radas.
8. Alihkan muncung pipet ke dalam kelalang kon (atau bekas yang perlu digunakan).
9. Tekan injap ‘E’ untuk mengeluarkan cecair ke dalam kelalang kon.
10. Sentuh hujung pipet pada dasar kelalang kon yang disendengkan supaya mana-mana titis cecair yang terlekat pada hujung pipet dikeluarkan.
Penyimpanan dan penyelenggaraan:
1. Basuh dan bilas pipet dengan air atau detergen.
2. Keringkan pipet secara menegak pada rak pipet pada suhu bilik.
3. Simpan dalam almari dengan cermat.
SILINDER PENYUKAT
Silinder penyukat (atau silinder bergraduat) ialah alat radas makmal utama yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair dengan tepat.
Berikut adalah fungsi dan kegunaan utamanya secara ringkas:
Menyukat cecair dengan tepat: Membolehkan anda menyukat pelbagai jenis isi padu cecair mengikut skala yang ditandakan pada dinding silinder.
Mengukur isi padu pepejal: Digunakan untuk mengukur isi padu objek pepejal yang tidak sekata secara tidak langsung melalui kaedah sesaran cecair.
Penyediaan larutan: Membantu saintis atau pelajar menyukat jumlah pelarut yang spesifik bagi menyediakan larutan atau bahan campuran kimia dengan kepekatan tepat.
Pengendalian:
1. Silinder penyukat diletakkan di atas permukaan meja yang rata secara tegak.
2. Pastikan aras mata berserenjang dengan meniskus.
3. Tuang cecair ke dalam silinder penyukat sehingga isi padu yang dikehendaki.
4. Berhenti tuang cecair apabila menghampiri tanda senggatan isipadu yang dikehendaki.
5. Gunakan penitis untuk menitiskan cecair ke dalam silinder penyukat dengan cermat sehingga meniskus cecair tepat pada paras isi padu cecair yang dikehendaki.
6. Baca isi padu cecair dengan paras mata berserenjang dengan meniskus dan rekodkan.
Penyimpanan dan penyelenggaraan:
1. Basuh dan bilas silinder penyukat dengan air atau detergen.
2. Simpan silinder penyukat di dalam almari setelah dikeringkan.