CERAI ‘FAST TRACK’: LEBIH MUDAH & CEPAT
Proses cerai di mahkamah kadangkala mengambil masa bertahun, terutamanya jika tiada kerjasama antara suami dan isteri. Untuk mengatasi isu ini, Mahkamah Syariah Selangor memperkenalkan proses cerai ‘Fast Track’ — satu inisiatif yang membolehkan perceraian selesai dalam tempoh kurang 6 jam, khas untuk kes cerai yang dipersetujui bersama.
Langkah ini bukan untuk menggalakkan perceraian, tetapi bagi melindungi hak wanita dan memudahkan pasangan yang sudah tidak sehaluan berpisah secara baik, cepat dan terhormat.
Sebelum memulakan sebarang tuntutan di Mahkamah Syariah, anda perlu tahu jenis kes yang ingin difailkan, lokasi pemfailan yang betul serta dokumen yang diperlukan.
Proses ini melibatkan beberapa langkah mudah seperti mengisi borang, menyediakan salinan dokumen, dan hadir ke kaunter pendaftaran.
Panduan ini sangat berguna untuk mereka yang ingin memfailkan kes tanpa diwakili peguam. Ketahui perbezaan antara Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah, serta jenis tuntutan yang boleh dibuat di setiap mahkamah.
Isu tunggakan nafkah anak sering berlaku selepas perceraian apabila bapa culas menunaikan tanggungjawab. Walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, masih ada yang ingkar. Justeru, penting untuk mengetahui langkah yang boleh diambil bagi menuntut dan menguatkuasakan hak nafkah anak.
Dalam Islam, tanggungjawab memberi nafkah adalah kewajiban suami. Kelalaian atau kegagalan menunaikan nafkah adalah kesalahan di sisi undang-undang Syariah. Nafkah yang tertunggak menjadi hutang wajib yang perlu dilangsaikan, termasuk daripada harta pusaka jika suami meninggal dunia.
Mahkamah Syariah menilai tuntutan nafkah berdasarkan keperluan isteri dan kemampuan suami, memastikan hak isteri dipenuhi tanpa membebankan suami secara berlebihan.
Sekiranya suami gagal menyediakan nafkah sepanjang perkahwinan, isteri berhak menuntut haknya di Mahkamah Syariah.
Kadang-kadang rumah tangga ada masalah – nafkah, pergaduhan, tiada hormat – yang boleh membawa kepada perceraian. 😔
Dalam Islam, perceraian ada beberapa cara: Talaq, Khulu’, Ta’liq, Fasakh, Li’an.
⚠️ Tapi ingat, cerai dibenarkan hanya sebagai langkah terakhir..Jangan buat keputusan terburu-buru – ketahui hak & prosedur anda dahulu.
Baca Lagi untuk tahu setiap jenis perceraian & prosedur di Mahkamah Syariah
Setiap pasangan impikan rumah tangga bahagia, tapi kadangkala ujian datang – suami curang, tiada nafkah, atau masalah lain.
Isteri sering risau: siapa yang akan jaga anak selepas cerai? Adakah ibu berhak walaupun tiada pendapatan? Bagaimana dengan nafkah anak?
Menurut Hadis Rasulullah ﷺ, ibu lebih berhak terhadap anak selagi belum bernikah. Dan undang-undang Syariah menetapkan bapa wajib memberi nafkah walaupun hak jagaan diberikan kepada ibu.
Baca Lagi untuk panduan lengkap hak jagaan anak dan nafkah di Mahkamah Syariah