Tidak semua proses perceraian di mahkamah berjalan dengan cepat. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun, terutama bila suami enggan melepaskan isteri walaupun rumah tangga sudah tiada kasih sayang. Ini menyebabkan isteri terseksa, seolah-olah “digantung tak bertali”.
Untuk atasi masalah ini, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) memperkenalkan proses perceraian 'Fast Track' sejak November 2014 di beberapa Mahkamah Rendah Syariah, dan mula dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Selangor mulai Jun 2015.
Ia adalah satu prosedur cepat yang membolehkan kes cerai selesai dalam kurang 6 jam, berbanding prosedur biasa yang boleh ambil masa sehingga 90 hari. Ia khas untuk kes cerai yang difailkan atas persetujuan bersama antara suami dan isteri.
Dokumen lengkap.
Kedua-dua suami dan isteri hadir ke mahkamah.
Ada persetujuan bersama untuk bercerai secara baik.
Isteri dalam keadaan suci, tidak mengandung, dan belum bersama suami dalam tempoh suci itu.
Mahkamah yakin perkahwinan sudah tidak dapat diselamatkan (berlaku shiqaq).
Jimat masa dan kos.
Kurangkan beban pihak isteri.
Elak proses perceraian yang panjang dan menegangkan.
Bantu wanita yang berada dalam situasi “digantung tak bertali”.
Galakkan perceraian secara baik dan terhormat, seperti yang dianjurkan dalam Surah al-Baqarah ayat 229.
Proses cerai fast track bukan bertujuan galakkan perceraian, tapi sebagai jalan penyelesaian untuk pasangan yang sudah tidak serasi. Ia membantu kedua-dua pihak memulakan hidup baru tanpa perlu bermusuhan.