BAGAIMANA MENDAPATKAN KHIDMAT PEGUAM SYARIE?
Peguam Syarie ialah peguam yang membantu anda menyelesaikan masalah di Mahkamah Syariah, seperti isu Mal, Jenayah, Harta, Pusaka, Wasiat dan lain-lain. Mereka mewakili anda mengikut prinsip “Wakalah bil-Khusumah”, iaitu bertindak bagi pihak anda dalam prosiding mahkamah.
Jika anda menghadapi masalah syariah tapi kurang pengalaman undang-undang, Peguam Syarie boleh membantu memudahkan proses, menasihati, dan memastikan hak anda terjaga.
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan khidmat mereka:
Portal JAKESS untuk peguam bertauliah di Selangor – http://www.esyariah.gov.my
Majlis Agama Islam – bantuan nasihat dan guaman bagi yang layak.
Jabatan Bantuan Guaman (JBG) – bantuan percuma atau kos rendah untuk kes syariah tertentu.
Cari melalui media sosial atau Google – pastikan kredibiliti sebelum lantikan.
💡 Tip penting: Selalu buat temu janji di pejabat peguam, bincang yuran secara bertulis, dan berhati-hati dengan individu atau syarikat yang mengiklankan khidmat guaman kerana Peguam Syarie tidak dibenarkan mengiklankan diri.
Baca Lagi untuk tahu cara pilih Peguam Syarie yang tepat dan menguruskan hak anda di Mahkamah Syariah
Adakah anda tahu bila khidmat Peguam Syarie benar-benar diperlukan? 🤔
Ramai orang ingat boleh urus sendiri, tapi sebenarnya beberapa kes di Mahkamah Syariah terlalu rumit untuk dihadapi tanpa wakil.
✅ Perceraian, tuntutan harta sepencarian, mutaah, hadhanah…
✅ Prosedur mahkamah panjang & memerlukan kepakaran.
✅ Anda sibuk dan tiada masa turun naik mahkamah.
✅ Pihak lawan sudah ada peguam dan kes perlu diuruskan segera.
Melantik Peguam Syarie bukan sekadar memudahkan urusan, tapi juga memastikan hak anda terlindung.
Baca Lagi untuk tahu situasi sebenar bila khidmat peguam wajib ada