RUMUSAN
RUMUSAN
Natijahnya, agama islam menerapkan prinsip-prinsip yang berguna dalam aspek pembangunan alam sekitar. Secara asasnya, perkara seperti ini telah disentuh dalam Al-Quran yang menegah atau melarang sama sekali melakukan sebarang kerosakan di atas muka bumi ini. Oleh yang demikian, alam sekitar merupakan satu amanah yang perlu dipikul bersama oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira agama malah bangsa. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah diberikan kesedaran agar tidak menyesal di kemudian hari, ibarat sudah terhantuk baru terngadah. Pihak kerajaan juga perlulah memastikan terdapat suatu mekanisme di tempat awam yang membolehkan alam sekitar dapat diuruskan dengan baik serta tong sampah dan kemudahan awam perlu disediakan di tempat-tempat awam dengan bilangan yang mencukupi. Sehubungan dengan itu, amalan saling membantu antara satu sama lain adalah tidak mustahil untuk kita berkerjasama bagi memelihara alam sekitar supaya menjadi lebih baik dan terpelihara kerana di mana ada kemahuan,di situ ada jalan. Akhir sekali, sekiranya aspek keagamaan ditekankan dan kewajipan manusia untuk memelihara alam sekitar diketengahkan, mungkin isu alam sekitar ini akan diambil dengan lebih serius malah orang yang bukan beragama islam juga telah ditekankan tentang betapa perlu dititikberatkan dalam memelihara alam sekitar.