PUNCA
PUNCA
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara juga terdiri daripada pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan asap kilang-kilang perusahaan. Asap yang mengandungi karbon monoksida ini amat berbahaya kepada hidupan. Sebagai contoh, Saban tahun negara kita dilanda jerebu yang teruk berpunca daripada sikap masyarakat yang gemar melakukan pembakaran secara terbuka.
PENCEMARAN AIR
Punca pencemaran air adalah kerana sikap manusia yang gemar membuang sampah-sarap dan sisa toksik ke dalam sungai dan sumber air . Rumah-rumah kediaman dan kilang-kilang yang terletak berhampiran sungai kebanyakannya mengambil langkah mudah menyalurkan bahan buangan ke sungai-sungai. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran air yang memusnahkan hidupan akuatik.
PENCEMARAN TANAH
Penebangan hutan yang tidak terkawal untuk pembalakan dan penerokaan kawasan pertanian juga menjadi punca berlakunya pencemaran alam seperti pencemaran tanah. Apabila pokok-pokok ditebang, maka banyak kawasan tadahan musnah. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran sungai apabila hutan turun dengan lebat. lumpur-lumpur daripada kawasan hutan yang telah ditebang akan mengalir kesungai dan seterusnya dibawa arus ke hilir sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek dan tercemar oleh lumpur. Banjir lumpur yang mengancam nyawa juga mudah berlaku.
PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi juga menjadi isu utama pada masa kini, bunyi enjin kenderaan dan jentera kilang juga menyumbang kepada pencemaran bunyi. Pertambahan bilangan kenderaan dan kilang-kilang perusahaan menyebabkan masalah pencemaran bunyi semakin parah saban tahun. Keadaan ini boleh menyebabkan kita menghadapi masalah pendengaran dan menganggu aktiviti manusia ini.