KESAN
KESAN
PENCEMARAN UDARA
Di Nibong Tebal terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuk di sekolah kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah bagi memindahkan penduduk. Punca berlakunya pencemaran udara diakibatkan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung. Oleh yang demikian, JAS telah menempatkan stesen pengawasan kualiti mudah alih di sekolah tersebut dan berdasarkan pemantauan didapati terdapat banyak gas yang boleh memberi risiko kesihatan. JAS akan terus membuat pemantauan kualiti udara dari semasa ke semasa.Antara perbuatan yang termasuk dalam berlakunya pencemaran udara adalah seperti pembakaran sampah, sampah sarap atau apa-apa bahan buangan yang mengeluarkan bau busuk,asap dari kilang juga dari kenderaan bermotor seperti kereta,bas,lori dan lain-lain. Jika asap tersebut tidak terkawal ia akan menyebabkan udara-udara di sekitarnya menjadi kotor dna berjerebu malah boleh menyebabkan penyakit seperti asma,kesesakan nafas dan sebagainya. Oleh yang demikian,kita boleh mengurangkan pencemaran udara dengan cara menaiki pengangkutan awam seperti LRT,bas dan sewaktu dengannya.
PENCEMARAN AIR
Pencemaran sungai di skudai berlaku akibat kewujudan tompokan buih putih. Pencemaran yang berlaku ini tidak akan menjejaskan loji rawatan Sultan Ismail. Selain itu, pengurusan jawatankuasa pelancongan alam sekitar warisan budaya Johor, K Raven berkata hasil pemantauan serta siasatan telah dilakukan dan JAS Johor akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca pencemaran, terutama di permis beroperasi di sepanjang sungai Skudai juga berpontensi menyebabkan pencemaran sungai sehingga berbuih. Pensampelan Kualiti air sungai di LRA Sultan Ismail mendapati tahap kualiti air adalah normal. Sehubungan dengan itu,antara punca-punca yang boleh berlakunya pencemaran air ini adalah akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan air dengan cara membuang sampah,membuang sisa toksik dan sebagainya. Pencemaran air yag berlaku pada masa kini adalah pencemaran air secara langsung dan terdapat banyak sungai yang telah dicemari. Di samping itu, pencemaran air yang berlaku juga memberi kesan terhadap haiwan akuatik seperti ikan akibat pembuangan bahan kimia secara tidak terkawal yang menyebabkan keracunan malah bahan buangan yang dibuang ke dalam sungai juga menyebabkan penyakit kulit terhadap manusia.
PENCEMARAN TANAH
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Teratai 1 / 2 J Taman Bukit Permai 2,Ampang,Selangor telah menyebabkan 3 orang masih tertimbus dan seorang berjaya keluar dan mengalami cedera ringan. Selain itu,rumah juga turut rosak dan tertimbus serta 10 buah kenderaan juga turut tertimbus. Pihak bomba masih giat mencari mangsa-mangsa yang telah tertimbus juga usaha-usaha pembersihan masih giat dilakukan untuk memudahkan pencarian mangsa yang tertimbus. Antara punca-punca berlakunya tanah runtuh adalah disebabkan aktiviti pembalakan yang terlampau banyak serta menyebabkan tanah menjadi semakin lembut.Fungsi akar pokok adalah untuk mencengkam tanah agar tidak bergerak tetapi disebabkan beberapa individu yg tidak bertanggungjawab serta pihak kerajaan yang ingin banyak membuat pembangunan telah menyebabkan banyak pokok ditebang. Oleh yang demikian, pihak kerajaan haruslah mengurangkan aktiviti pembalakan agar dapat mengurangkan risiko tanah runtuh.
PENCEMARAN BUNYI
Jabatan alam sekitar (JAS) Shah Alam telah menegaskan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan pencemaran bunyi daripada ekzos kenderaan bermotor yang diubah suai. Pencemaran bunyi motosikal merupakan aduan yang sering dimajukan oleh orang awam. Selain itu, beberapa akta telah disenaraikan untuk kesalahan seperti ini. Bukan sahaja motosikal malah kereta juga sama.Akibat perbuatan yang mementingkan diri ini telah menyebabkan gangguan di kawasan sekitarnya yang membuatkan orang disekeliling marah serta tidak puas hati. Selain kenderaan bunyi bising juga boleh terhasil apabila jiran tetangga bermain alat-alat muzik,menjerit dengan kuat,suara radio atau televison yang dibuka secara tidak terkawal dan lain-lain lagi. Kes-kes seperti ini, seseorang itu dibenarkan menjalankan apa-apa aktiviti mengikut kemahuannya selagi tidak menyebabkan kemudaratan jiran tetangga atau orang yang berada di sekililingnya. Oleh yang demikian, sekiranya teguran dengan cara yang baik terhadap mereka tidak membuahkan hasil, maka kita mempunyai hak untuk membuat aduan di JAS agar bunyi bising tersebut dapat dihindarkan.