Lukisan Ortografik
Lukisan Ortografik
Rajah 1 : Unjuran ortografik
Unjuran ortografik ialah lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis menggunakan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran, iaitu lebar dan tinggi atau panjang dan tinggi sesuatu objek tersebut.
Lukisan ortografik merupakan lukisan yang dilihat bersudut tepat 90° kepada sesuatu bongkah objek. Bongkah objek di unjurkan melalui tiga pandangan iaitu pandangan atas, hadapan dan sisi.
Membezakan Antara Lukisan Ortografik Unjuran Sudut Pertama dan Unjuran Sudut Ketiga
Kedudukan sesuatu objek yang terletak dalam sukuan sudut pertama atau sukuan sudut ketiga dapat dibezakan dengan menggunakan simbol unjuran.
Rajah 2 : Sudut pandangan
Jadual 1 : Simbol unjuran
Simbol unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga ditunjukkan dalam Jadual 1 Simbol ini menggambarkan bentuk kon terpenggal dan bulatan yang biasanya diletakkan di penghujung sebelah kanan bawah kertas lukisan.
Prinsip Sukuan Ortografik
Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.
Unjuran sudut pertama merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Kedudukan pandangan hadapan berada di sebelah yang selari dengan pandangan sisi manakala bagi pandangan atas berada di bawah kedudukan pandangan hadapan.
Unjuran sudut ketiga dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini, penggunaannya telah meluas di serata dunia. Kedudukan pandangan atas berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan di bawah manakala kedudukan pandangan sisi pula berada sebaris dengan pandangan hadapan. Jadual 2 menunjukkan perbandingan antara unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.
Jadual 2 : Perbandingan antara unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga.
Rajah 3 : Bongkah berpermukaan rata
Bongkah permukaan rata mempunyai pinggir yang selari dengan satah mengufuk dan menegak sahaja. Ukuran yang diunjurkan ke satah mengufuk dan menegak merupakan ukuran panjang sebenar objek.
Rajah 3 menunjukkan contoh bongkah berpermukaan rata.