LUKISAN KERATAN
LUKISAN KERATAN
Konsep Pandangan Keratan dalam lukisan mekanikal
Pandangan keratan dalam lukisan mekanikal digunakan untuk menunjukkan bentuk sebenar bahagian-bahagian yang terlindung yang biasanya susah untuk digambarkan dengan pandangan biasa. Keadaan ini wujud apabila terlalu banyak garisan tersembunyi maka lukisan yang dilukis sukar untuk difahami. Oleh yang demikian, masalah ini dapat diatasi dengan pandangan keratan.
Pandangan keratan ini biasanya dilukis dalam unjuran ortografik. Pemotongan objek dibuat bagi menghasilkan dua permukaan baharu bagi menerangkan butiran objek mekanikal dengan lebih jelas.
Keratan Penuh
Keratan penuh (full crossection) mempunyai satu satah pemotongan sahaja bagi keseluruhan objek/ komponen yang kerap digunakan
Keratan Offset
Keratan offset (offset crossection) ini biasa digunakan pada objek yang mengandungi butiran yang tidak dapat ditunjukkan dalam satu keratan penuh permukaan.
Keratan Separuh
Keratan separuh (half crossection) ini lazimnya digunakan bagi menterjemahkan butiran objek yang berbentuk simetri. Dalam keratan ini, butiran luar dan dalam objek dapat ditunjukkan dengan menggunakan satu pandangan sahaja.
Keratan Sebahagian
Keratan sebahagian (half crossection) ini adalah untuk menunjukkan sebahagian sahaja butiran pada objek yang diperlukan. Kesan keratan ini hanya ditunjukkan sebagai kawasan garisan pecah. Garisan satah pemotongan tidak perlu dilukis untuk keratan jenis ini.
Keratan Teralih
Keratan teralih (removed section) ini digunakan pada objek yang tidak seragam yang memerlukan lebih daripada satu pandangan bagi menunjukkan butiran yang lengkap. Pandangan keratan ini boleh dipindahkan atau dialihkan pada kertas lukisan yang mempunyai label berlainan seperti A-A, B-B, C-C atau sebagainya.