Lukisan isometri merupakan salah satu cara bagi menggambarkan objek dalam tiga satah atau tiga dimensi selain daripada lukisan oblik dan lukisan perspektif. Lukisan ini menjadikan objek dapat dilihat dengan lebih realistik berbanding lukisan ortografik yang menggambarkan objek dalam bentuk dua dimensi.
Rajah 1: Oblik
Rajah 2: Perspektif
Rajah 3: Isometri
Gambaran bentuk isometri boleh dilihat sama ada melalui unjuran isometri atau lukisan isometri. Pada unjuran isometri, gambaran isometri, gambaran isometri yang dilihat sebenarnya adalah satu pandangan pada lukisan ortografik yang menggambarkan objek dalam dua dimensi. Garisan isometri yang ditunjukkan padanya bukan panjang sebenar objek dan butiran terlindung dapat ditunjukkan. Pada lukisan isometri pula, objek yang dilukis adalah dalam tiga diemensi. Garisan isometri yang dilukis adalah ukuran Panjang sebenar objek dan butiran terlindung tidak ditunjukkan.