LUKISAN MEKANIKAL
Lukisan mekanikal merujuk kepada sebuah lukisan yang menggambarkan rupa bentuk sesuatu komponen mesin dan rupa bentuk komponen dan alatan ini dilukis dengan jelas mengikut pandangan ortografik atau pandangan keratan serta dilengkapi dengan spesifikasi yang mengandungi maklumat kejuruteraan dalam bahagian yang terlibat. Antara maklumat kejuruteraan tersebut termasuklah dimensi, jenis bahan, bilangan komponen yang digunakan dan unit.
Kebiasaannya, lukisan mekanikal ini turut dilengkapi dengan kaedah pemasangan komponen sebagai maklumat tambahan. Lukisan mekanikal ini banyak digunakan dalam kerja pemasangan, pembuatan produk serta penyelenggaraan mesin.