Kursus RBTS3423 (Teknologi Rumah Tangga) mempunyai 4 soalan pentaksiran berterusan bagi menilai pelajar iaitu ujian 1, ujian 2, laporan amali masakan dan pameran artikel jahitan.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Menganalisis maklumat dan membuat perkaitan peraturan keselamatan bengkel, sanitasi makanan, prinsip memasak, alatan dan mesin jahit secara kritis melalui Ujian 1 dan Ujian 2 yang berkaitan dengan topik 1, 2 dan 3 dalam kursus Teknologi Rumah Tangga (C4, HPP2, KKG2).
Menyediakan laporan amali masakan Hidangan Sepinggan Lengkap berdasarkan nutrisi yang seimbang dan prinsip memasak yang betul (C6, A4, HPP2, HPP5, KKG2, KMK8).
Menyediakan pameran Artikel Jahitan dengan memanfaatkan pelbagai sumber (C6, A4, HPP2, HPP8, KKG5, KAT5)
Ujian 1 dan ujian 2 prinsip masakan terletak dibawah HPK1
Pelajar dikehendaki menjawab 30 soalan Objektif Ujian 1 dan 30 soalan objektif Ujian 2 yang merangkumi topik-topik Teknologi Rumah Tangga seperti keselamatan bengkel, sanitasi, makanan, prinsip memasak, alatan dan proses jahitan dalam Teknologi Rumah Tangga.
Tempoh perlaksanaan ujian adalah selama 45 minit.
Ujian 1 adalah berdasarkan kepada Topik 1 (Keselamatan Makmal dan Sanitasi Makanan) dan Topik 2 (Prinsip memasak-Haba Kering dan Haba Lembap)
Ujian 2 adalah berdasarkan kepada Topik 2 (Prinsip Memasak-Kaedah memasak) dan Topik 3 (Alatan Jahitan dan Mesin Jahit)
Tugasan ini dilaksanakan secara individu.
Penilaian berdasarkan kepada rubrik/skema pemarkahan
Tarikh akhir ujian dilaksanakan ialah:
Ujian 1: 11 September 2025
Ujian 2: 27 Oktober 2025
Laporan amali masakan terletak dibawah HPK2
Membawa pemberatan sebanyak 30 markah
Markah dinilai secara individu
Tarikh akhir tugasan ini dihantar ialah pada 26 September 2025
Elemen-elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diterapkan dalam tugasan ini merangkumi:
R2 Kandungan: (dasar dan kepentingan pelaksanaan kokurikulum) yang dipersembahkan menunjukkan suasana pembelajaran yang relevan dengan kehidupan harian pelajar.
E1 Penglibatan: Kandungan (dasar dan kepentingan pelaksanaan kokurikulum) yang dipersembahkan melalui hidangan sepinggan lengkap yang dihasilkan dapat menarik perhatian/minat khalayak.
C4 Komunikasi: Pelajar dapat menyampaikan hujah dalam bentuk penulisan dengan baik, koheren dan meyakinkan khalayak. Pelajar menggunakan data untuk menyokong hujah mereka.
C5 Pemikiran kritis: Tugasan ini dapat merangsang pemikiran kritis pelajar sepanjang menyediakan menu hidangan sepinggan lengkap dan penyediaan laporan. Pelajar memproses, mengenal pasti dan merumus pola data untuk menyokong hujah mereka.
Pameran artikel jahitan terletak dibawah HPK3
Pameran ini membawa pemberatan sebanyak 40 markah
Dilakukan secara berkumpulan
Pelajar perlu menghasilkan artikel jahitan "totebeg" berdasarkan tema kelestarian alam sekitar
Pelajar perlu mengorganisasi pameran artikel jahitan yang telah dirancang secara teratur bagi memasarkan produk Artikel Jahitan yang telah dihasilkan.
Penyediaan Bahan dan Produk tambahan untuk dipamerkan selain Tote bag yang dijahit secara individu
Tarikh pameran artikel jahitan dianjurkan ialah pada 20 November 2025
Elemen-elemen Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang diterapkan dalam tugasan ini merangkumi:
C3 Kerja berkumpulan: dapat meningkatkan penglibatan dan kolaborasi pelajar sepanjang pameran artikel jahitan
C4 Komunikasi: Pelajar dapat menyampaikan hujah dengan baik, koheren dan meyakinkan tentang cara penghasilan artikel jahitan. Pelajar menggunakan bahan-bahan sokongan seperti pamplet untuk menyokong hujah mereka.
C5 Pemikiran kritis: Tugasan ini dapat merangsang pemikiran kritis pelajar semasa menggunakan konsep pemikiran komputasional untuk menyelesaikan isu. Pelajar memproses, mengenal pasti dan merumus pola data untuk menyokong hujah mereka.
C6 Kreativiti: Tugasan ini dapat merangsang pemikiran kreatif/inovatif pelajar dalam proses penghasilan artikel jahitan dan pelaksanaan pameran artikel jahitan.
R2 Perkaitan: Kandungan yang dipersembahkan menunjukkan suasana pembelajaran yang relevan dengan kehidupan harian pelajar terutamanya dari aspek kelestarian alam sekitar
E1 Penglibatan: Kandungan yang dipersembahkan melalui pameran artikel jahitan dapat menarik perhatian/minat khalayak.