1.Kemahiran Praktikal –
Pelajar dapat menguasai teknik asas menjahit, penggunaan mesin jahit dan penyediaan bahan.
2.Kreativiti dan Rekabentuk – Membolehkan pelajar mencipta corak, warna dan rekaan tersendiri untuk totebag.
3.Pengurusan Masa & Perancangan – Pelajar belajar merancang langkah demi langkah untuk menyiapkan projek tepat pada masa.
4.Pembelajaran Bermakna –
Tugasan ini relevan dengan kehidupan harian kerana totebag boleh digunakan sendiri atau dijual.
5.Kerjasama & Interaksi –
Jika dijalankan secara berkumpulan, pelajar belajar berkongsi idea, membantu antara satu sama lain, dan memberi maklum balas.
1.Kesukaran Teknikal –
Terdapat pelajar yang kurang mahir menggunakan mesin jahit, terutamanya di bahagian sekoci.Oleh itu latihan asas dan demonstrasi langkah demi langkah diberikan dengan kerjasama KPT.
2.Pengurusan Masa – Menyelesaikan projek dalam tempoh yang ditetapkan menjadi cabaran bagi pelajar yang masih mengukuhkan kemahiran.Oleh itu bimbingan berfasa disediakan.
3.Bahan dan Kos –
Kekangan bahan atau peralatan yang terhad boleh menjejaskan kualiti hasil kerja.Oleh itu, pelajar perlu merancang keperluan bahan lebih awal, menggunakan bahan alternatif yang lebih murah tetapi sesuai serta berkongsi atau meminjam peralatan daripada rakan atau pensyarah bagi mengurangkan kos.
4.Kesabaran & Ketelitian –
Projek menjahit memerlukan fokus dan ketelitian yang tinggi yang menyebabkan pelajar mudah putus asa jika terdapat kesilapan.Oleh itu, pelajar perlu mengamalkan latihan berperingkat, membuat ulang kaji teknik asas dahulu serta mengambil rehat pendek untuk mengekalkan fokus dan mengelakkan tekanan semasa menjahit.
5.Cabaran Kreativiti – Sesetengah pelajar menghadapi kesukaran dalam menghasilkan rekaan unik atau menarik.Oleh itu, pelajar boleh membuat rujukan idea daripada internet, melihat contoh totebag dari Pinterest atau Instagram, serta berbincang dengan rakan untuk menjana idea tentang konsep reka bentuk yang lebih kreatif.