Model 6C merupakan kerangka kompetensi yang membantu pelajar membangunkan kemahiran penting abad ke-21 sepanjang menyiapkan Pameran Artikel Jahitan
Pelajar mempamerkan sikap rajin, teliti, sabar dan berdisiplin ketika menyiapkan tote bag dan artikel jahitan lain. Sikap positif ini membantu pelajar menyiapkan tugasan dengan kemas, teratur dan berkualiti. Pelajar juga belajar mengatasi cabaran seperti jahitan tersasar, kesilapan pola atau pengurusan masa.
Pelajar mempamerkan hasil kerja secara beretika di Google Site, menggunakan sumber digital tanpa plagiat, dan menjaga hak cipta gambar atau idea. Dalam konteks fizikal, pelajar turut terlibat dalam pameran yang memupuk tanggungjawab sosial melalui kerjasama dengan Kolej Komuniti Bukit Mertajam sebagai rakan komuniti pembelajaran . Pelajar berjaya menghasilkan Tote Bag dan dipamerkan di Pameran.
Pelajar berkolaborasi dengan rakan kelas dan mentor dari Kolej Komuniti Bukit Mertajam untuk mempelajari teknik jahitan, memilih fabrik yang sesuai, dan menyemak hasil kerja. Perbincangan, perkongsian idea dan maklum balas membantu pelajar memperbaiki produk seperti tote bag dan sarung bantal agar lebih kemas dan kreatif.
Pelajar mengamalkan komunikasi lisan dan visual yang berkesan melalui penerangan produk, kapsyen pameran serta dokumentasi dalam Google Site. Pelajar menyampaikan idea reka bentuk tote bag atau artikel jahitan mereka secara jelas dan mampu berbincang dengan pensyarah untuk mendapatkan maklum balas yang membina.
Creativity terserlah apabila pelajar meneroka pelbagai idea inovatif dalam memilih kombinasi warna, corak, bahan dan teknik jahitan. Kreativiti ini bukan sahaja terhasil pada produk seperti tote bag, topi, sarung bantal dan apron, tetapi juga pada susun atur pameran fizikal serta persembahan digital projek.
Critical Thinking diterapkan apabila pelajar menilai kesesuaian bahan, memilih teknik yang paling efektif dan menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang proses kerja. Pelajar perlu membuat keputusan seperti menyesuaikan pola, membetulkan jahitan yang tersilap atau mencari alternatif apabila kekurangan bahan.