Engagement (Penglibatan) – Pelajar aktif menyusun, mempamerkan dan berinteraksi dengan pengunjung yang menjadikan mereka terlibat sepenuhnya dalam proses.
Enhancement (Pengukuhan) – Pameran membolehkan pelajar menunjukkan teknik jahitan, kreativiti dan refleksi pembelajaran mereka untuk mengukuhkan pemahaman konsep.
Extension (Perluasan) – Aktiviti ini menghubungkan pembelajaran dengan dunia sebenar seperti potensi kerjaya, perkongsian karya dan aplikasi praktikal di luar bilik darjah.
Pelajar terlibat secara aktif apabila menghasilkan tote bag menggunakan kain perca atau bahan terpakai dari rumah. Proses mereka bentuk, memilih bahan, dan menjahit memberi pengalaman langsung yang menarik serta memotivasikan pelajar untuk memahami konsep kelestarian. Semasa pameran, aktiviti spin wheel membantu menarik perhatian pengunjung dan menggalakkan interaksi dua hala antara pelajar dan penonton.
Penglibatan pelajar diperkukuh melalui aktiviti yang menambah kemahiran seperti mengenal pasti teknik jahitan yang betul, memilih pola yang sesuai dan memastikan kemasan yang kemas. Pelajar juga memperkukuh pengetahuan dengan menjawab soalan teknikal daripada pengunjung semasa spin wheel, di mana mereka memberi penerangan tentang kelestarian, jenis jahitan dan penggunaan bahan terpakai secara lebih mendalam.
Pembelajaran dilanjutkan apabila pelajar dapat melihat aplikasi sebenar dalam kehidupan. Contohnya menggunakan tote bag sebagai alternatif beg plastik untuk gaya hidup lebih lestari. Selain itu, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran jahitan dalam projek lain, serta mempromosikan budaya guna semula kepada orang lain melalui pameran. Pengalaman berkomunikasi dalam konteks pameran juga membantu perkembangan kemahiran profesional pelajar.